• Tafsir Al-Quran

    Tafsir Surah Al-Ikhlas

    Dengan ayat yang pendek ini, ia menjelaskan dengan begitu indah sekali tentang kesucian wujud Tuhan dari sebarang jenis sekutu. Menurut perhitungan akal yang sihat, sekutu itu ada empat jenis. Adakalanya sekutu itu berlaku dalam bilangan, kadang-kadang dalam kedudukan, adakalanya dalam keturunan dan adakalanya dalam perbuatan dan pengaruh. Jadi, dalam surah ini menjelaskan bahawa Tuhan itu benar-benar bersih dari segala sekutu dalam keempat-empat jenis ini. Dalam bilangan Dia cuma Satu, tidak dua atau tiga. Dia juga shomad, yakni tempat kebergantungan segala sesuatu, tanpa-Nya segala yang lain tidak akan wujud dan tidak kekal. Dia juga lam yalid yakni tidak beranak dan tidak mempunyai anak kerana jika ada anak maka sudah tentu ada sekutu-Nya. Dia juga lam…