
Ajaran Kami
Dalam zaman ini, persekitaran dunia banyak memberikan pengaruh yang menggelapkan hati manusia, dan orang yang mendakwakan diri sebagai orang beriman pun tidak mengetahui bentuk keimanan yang sebenar, dan juga tidak tahu mengenai ketauhidan yang hakiki. Atas sebab itu, timbul dalam hati saya untuk mempersembahkan ringkasan ajaran daripada Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersumberkan kitab beliau Bahtera Nuh (Kisyti Nuh) untuk mereka yang hendak mencari kebenaran bagi menyelamatkan diri dari musibat yang sangat berbahaya ini. Dalam kitab ini memang merujuk kepada anggota Jemaat Ahmadiyah, namun ia juga berguna untuk umat Islam yang lain. Dan inilah cahaya hidayat yang boleh menghidupkan kembali cahaya hati yang telah padam, bukan hanya untuk umat Islam, malah setiap insan yang mempunyai keinginan untuk mencari kerohanian dan kebenaran. Ringkasan ini adalah perkataan Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam sendiri. Jadi, wahai saudara sekalian, bacalah buku ini dan ambil manfaat daripadanya. Kemudian baca kembali dan ambil manfaat daripadanya.
Yang lemah,
Mirza Basyir Ahmad
Rabwah.
22 September 1958
Untuk bacaan penuh buku Ajaran Kami, sila klik link beikut:- https://www.islahdeen.com/?attachment_id=2943