Uncategorized

Amaran Tentang Perpecahan Umat Islam

Rasulullahsaw telah memberikan pernyataan beberapa kali berkenaan dengan keadaan umat baginda di akhir zaman ini. Sekiranya umat Islam tidak lagi mengamalkan perintah Al-Quran dan tidak lagi mengikuti ajaranku dan ajaran Khulafa Rasyidin, maka mereka akan menjadi seperti umat Yahudi yang berpecah belah kepada pelbagai firqah, malah keadaan mereka lebih teruk dari umat Yahudi. Dan di kalangan mereka hanya ada satu sahaja firqah yang terselamat dan berpaksikan kebenaran, manakala yang lain menjadi bahan bakar api neraka jahanam. Mereka tidak akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat pun tetap dalam kerugian.

Para sahabatra bertanya; “Siapa mereka itu ya Rasulullahsaw?” bagindasaw menjawab; “mereka itu ialah firqah yang beramal sesuai dengan ajaranku dan sabahat-sahabatku”. Dan mereka itulah firqah yang layak dikatakan sebagai jamaat kerana memiliki satu imam dan khalifah yang hidup, yang mana kehidupan mereka sarat dengan keunggulan itaat.

Hadis ini diriwayatkan dalam pelbagai cara tetapi memberi maksud yang hampir sama. Antara sahabat yang meriwayatkan hadis ini ialah Hazrat Abu Bakar, Hazrat Utsman, Hazrat Ali, Hazrat Anas, Hazrat Abu Hurairah, Hazrat Abu Darda, Hazrat Jabir, Hazrat Abu Saeed Khudri, Hazrat Ubai bin Kaab, Hazrat Abdullah bin Amar dan Hazrat Umamahra.

Riwayat hadis tersebut adalah seperti berikut:-

Hazrat Abdullah bin Amarra meriwayatkan bahawa Rasulullahsaw pernah bersabda, keadaan umatku akan mengalami keadaan seperti yang terjadi ke atas umat Bani Israil. Dan dalam kedua-dua firqah itu terdapat persamaan yang sangat rapat laksana sepasang sepatu. Sehinggakan jika di dalam umat itu ada seseorang yang berzina dengan ibunya secara terang-terangan, maka di dalam umatku juga boleh muncul orang jahat seperti itu. Bani Israil telah berpecah kepada 72 firqah dan umatku akan berpecah menjadi 73 firqah. Tetapi, selain daripada satu firqah, semuanya akan masuk neraka. Para sahabat bertanya; Ya Rasulullah! Siapa golongan yang terselamat itu? Baginda menjawab; Firqah yang beramal sesuai dengan sunnahku dan amalan para sahabatku. (Tarmizi Kitabul Iman, Bab Maa Jaa’a Fii Iftiraaqi Haazihil Ummah)

Hazrat Alira meriwayatkan bahawa Rasulullahsaw bersabda “satu zaman akan datang di mana Islam hanya tinggal nama sahaja, yakni orang akan meninggalkan amalan Islam. Al-Quran hanya tinggal tulisan dan perkataan sahaja, yakni ajaran Al-Quran akan dilupakan orang. Masjid-masjid pada zaman tersebut akan kelihatan megah dan makmur, tetapi kosong dari hidayat dan petunjuk. Ulama-ulama pada zaman tersebut akan menjadi golongan yang paling jahat di kalangan makhluk di bawah kolong langit. Fitnah akan keluar dari mereka namun akan kembali kepada mereka, yakni seluruh akar fitnah dan punca kerosakan bermula dari para ulama ini.” (Misykat, Kitabul Ilm, Faslus Salis wa Kanzul Ummal Jilid 6, halaman 43)

Sebenarnya, khabar seperti ini adalah berupa peringatan kerana ia menyimpan rahsia di sebaliknya. Ini kerana, jika berusaha keras dan melakukan sesuatu mengikut masa dan tempatnya, sambil menghindari kepentingan peribadi, maka segala musibat-musibat yang tersembunyi itu boleh dielakkan. Tetapi, malang sekali kerana hikmat yang tersembunyi itu tidak difahami dan peringatan serta petunjuk Rasulullahsaw agar sentiasa bersatu telah diabaikan. Atas sebab itulah umat Islam lebih berpuak-puak berbanding umat Yahudi, yang mana akhirnya mereka kehilangan kemegahan dan keagungan yang sebenar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *