-
Tafsir Surah Al-Ikhlas
Dengan ayat yang pendek ini, ia menjelaskan dengan begitu indah sekali tentang kesucian wujud Tuhan dari sebarang jenis sekutu. Menurut perhitungan akal yang sihat, sekutu itu ada empat jenis. Adakalanya sekutu itu berlaku dalam bilangan, kadang-kadang dalam kedudukan, adakalanya dalam keturunan dan adakalanya dalam perbuatan dan pengaruh. Jadi, dalam surah ini menjelaskan bahawa Tuhan itu benar-benar bersih dari segala sekutu dalam keempat-empat jenis ini. Dalam bilangan Dia cuma Satu, tidak dua atau tiga. Dia juga shomad, yakni tempat kebergantungan segala sesuatu, tanpa-Nya segala yang lain tidak akan wujud dan tidak kekal. Dia juga lam yalid yakni tidak beranak dan tidak mempunyai anak kerana jika ada anak maka sudah tentu ada sekutu-Nya. Dia juga lam…
-
Tafsir Surah Al-Falaq
Aku baca dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang. Katakanlah, aku berlindung kepada Tuhan seluruh makhluk, dari kejahatan makhluk yang Dia ciptakan. Dan dari kejahatan yang menjadikan kegelapan ketika meliputi, dan dari kejahatan orang-orang yang meniupkan perpecahan pada simpulan-simpulan, ikatan persahabatan, dan dari kejahatan pendengki apabila ia mendengki. (Terjemahan surah Al-Falaq) Katakanlah, aku berlindung kepada Tuhan dari kejahatan makhkuk-makhluk, dan juga dari malam yang begitu gelap-gelita, yakni kerosakan yang besar sama seperti malam yang gelap-gelita, dan untuk menerangi kembali zaman yang gelap-gelita itu, kekuatan dan pertolongan Ilahi sangat diperlukan kerana insan tidak mampu untuk keluar daripada kegelapan ini. (Barahin Ahmadiyah Bahagian Empat, Rohani Khazain Jilid 1 halaman 604, catatan dalam nota kaki…
-
Tafsir Surah An-Naas
Dajjal bukanlah satu wujud manusia, jika tidak maka lafaz an-naas tidak berkaitan dengannya. Dan tidak diragui lagi bahawa lafaz an-naas itu hanya merujuk kepada kumpulan. Jadi, orang yang berada di bawah pengaruh was-was syaitan, mereka itu dinamakan dajjal. Demikian juga yang dimaksudkan dalam tertib al-Quran yang bermula dari ayat Alhamdulillaahi Robbil Aalamiin dan diakhiri dengan ayat Allazii Yuwaswisu Fii Shuduurinnaas, Minal Jinnati Wannaas. Jadi, lafaz an-naas di sini juga adalah dajjal. Kesimpulan dari surah ini ialah kita hendaklah memohon perlindungan kepada Allah agar terhindar dari fitnah dajjal. Sebelum surah ini ada surah al-Ikhlas yang menentang asas ajaran Kristian. Kemudian surah al-Falaq yang menyentuh tentang zaman gelap dan rencana wanita-wanita. Kemudian diteruskan dengan…
-
Amaran Tentang Perpecahan Umat Islam
-
Takwa
-
12 Rabiul Awal – Sambutan Maulidur Rasul
-
Ajaran Kami
Dalam zaman ini, persekitaran dunia banyak memberikan pengaruh yang menggelapkan hati manusia, dan orang yang mendakwakan diri sebagai orang beriman pun tidak mengetahui bentuk keimanan yang sebenar, dan juga tidak tahu mengenai ketauhidan yang hakiki. Atas sebab itu, timbul dalam hati saya untuk mempersembahkan ringkasan ajaran daripada Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersumberkan kitab beliau Bahtera Nuh (Kisyti Nuh) untuk mereka yang hendak mencari kebenaran bagi menyelamatkan diri dari musibat yang sangat berbahaya ini. Dalam kitab ini memang merujuk kepada anggota Jemaat Ahmadiyah, namun ia juga berguna untuk umat Islam yang lain. Dan inilah cahaya hidayat yang boleh menghidupkan kembali cahaya hati yang telah padam, bukan hanya untuk umat Islam, malah…
-
Pengharaman Khinzir (babi)
Ada satu perkara yang perlu diingat di sini iaitu khinzir telah diharamkan. Memang sejak dari dahulu lagi Tuhan telah mengisyaratkan dalam namanya sendiri. Sebab, kata khinzir adalah gabungan kata خنز (khinz) dan ار (ar) yang bermaksud “aku melihatnya sangat rosak dan buruk”. Kata (khinz) bermaksud ‘sangat rosak’ dan kata (ar) bermaksud ‘aku melihat’. Jadi, nama binatang yang diberikan sejak dari permulaan lagi oleh Tuhan ini memberikan isyarat tentang kekotorannya, dan satu kebetulan yang luar biasa iaitu di dalam bahasa Hindi juga binatang ini dinamakan ‘suar’. Perkataan ini merupakan gabungan kata سوء (su’) dan ار (ar) yang bermaksud ‘aku melihatnya sangat buruk’. Dan tidak sepatutnya merasa hairan kenapa kata سوء (su’)…
-
Khulasa Khutbah Khalifah – 06 April 2018
۩بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ۩ Khulasah Khutbah Jumaat HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD Hazrat Khalifatul Maseeh al-Khamisatba 06-04-2018 (Masjid Baitur Rehman, Valencia, Spain) <<<<<<<<<<>>>>>>>>>> Setelah membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, antara lain Huzur berkata:- Sepanyol memang termasuk dalam negara-negara Barat tetapi dari segi kekuatan ekonomi, ia termasuk dalam negara-negara yang belum kukuh. Dari segi pekerjaan, pendapatan, dan taraf hidup di sini masih kurang jika dibandingkan dengan negara Eropah yang lain seperti Perancis, Jerman, Holland, UK dan lain-lain. Namun begitu, jika dibandingkan dengan Pakistan, maka kelihatannya lebih baik. Sebab itu ramai Pakistani datang ke sini untuk berniaga dan mencari pekerjaan. Sejauh mana yang berhubungan dengan orang Ahmadi, mereka meninggalkan Pakistan adalah disebabkan…
-
Khulasa Khutbah Khalifah – 30 Mac 2018
۩بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ۩ Khulasah Khutbah Jumaat HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD Hazrat Khalifatul Maseeh al-Khamisatba 30-03-2018 (Masjid Baitul Futuh London) <<<<<<<<<<>>>>>>>>>> Setelah membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, antara lain Huzur berkata:- Seorang sahabi Rasulullahsaw bernama Hazrat Jabir bin Abdullah, anak kepada Hazrat Abdullah bin Amar bin Arham. Setelah Hazrat Abdullah bin Amar bin Arham syahid, Rasulullahsaw menceritakan bahawa Allah bertanya kepada Hazrat Abdullah bin Amar bin Arham, “apa keinginan kamu?”. Dia menjawab “Wahai Allah! Keinginan saya ialah dihidupkan kembali lagi ke dunia dan disyahidkan pada jalan Engkau”. Oleh kerana hal itu bertentangan dengan sunnatullah, keinginannya tidak dipenuhi. Dari kisah ini dapat diketahui darjat yang diperlakukan oleh Allah terhadap orang…