Uncategorized

Bicara Hijrah Isu-isu Aqidah Siri 1

Salam buat pembaca terutama peserta seminar!

Kepada peserta yang hadir hari ini mungkin sudah mengetahui sedikit sebanyak tentang ajaran QADIANI, tetapi sebagaimana yang telah saya katakan bahawa isi kandungan seminar ini pasti sama dengan isi fatwa ulama-ulama, hanya saja diperbaharui sedikit dan diolah agar nampak kelainan.

Sebagaimana yang dicadangkan oleh tuan moderator, kalau tidak silap Ustaz Jumain Abdul Ghani, Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS, para peserta boleh melayari blog ini pengikut Jemaat ini untuk mendapatkan maklumat tentang Qadiani.

Antara fitnah yang masih digembar-gemburkan
1. Haji pergi ke Qadian
2. Mengubah ayat Qur’an

Entah, sampai bila akan dapat melihat kebenaran bahawa pengikut Jemaat Ahmadiyah pergi haji ke Mekah dan orang Ahmadiyah tidak mengubah ayat Qur’an.

boleh rujuk
http://barahinahmadi.blogspot.com/2009/09/respon-terhadap-penulis-kosmo.html
http://barahinahmadi.blogspot.com/2009/10/respon-to-kuliah-hadi-awang.html

wassalam.

boleh lawati blog beliau
http://pustakaalghazali.wordpress.com/2010/12/21/bicara-hijrah-isu-isu-aqidah-siri-1/

One Comment

  • Salahuddin Ayyubi

    Sebenarnya, entry ini yang saya post dalam blog beliau, tapi mungkin tidak perasan atau memang tidak mahu publish komen dalam blognya.

    lupakan tentang itu,

    Menghadiri Seminar berkenaan dengan Qadiani ini satu pengalaman yang cukup berguna. kerana secara langsung dapat mendengar orang yang memfitnah Jemaat Ahmadiyah, tapi sebagaimana yang kami bincang-bincang di KK, anggap saja penceramah tu tak tahu apa-apa. Mahu juga bangun menyoal bila mereka buka sesi soal jawab, tapi bila mengenang kembali pengalaman Tn Sattar, bahawa mereka tidak akan mengaku kalah dalam majlis mereka, akhirnya niat dilupakan sahaja. takut merosakkan majlis.

    lagipun, moderator (pemilik blog yang saya tulis di atas) menyatakan bahawa "malam sebelumnya saya melayari blog seorang pengikut Qadiani, dan saya rasa dia ada bersama kita pada hari ini".

    tapi, syukur jugalah, pencerama sesi pertama tidak begitu teruja dengan kesesatan, nadanya pun sederhana, takda caci maki, apa katanya, 'baca qur'an macam kita, pakai songkok macam kita, pakai tudung macam kita, kiblat macam kita', sebab itu sangat BERBAHAYA.

    terpikir pula bahawa kita harus memiliki perakam yang baik, sebab guna handphone ni suara tak jelas dan langsung tak dengar.

    saya belum jumpa keratan akhbar mengenai seminar itu, jika ada, sila maklumkan saya untuk rujukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *