• Tafsir Al-Quran

    Tafsir Surah Al-Ikhlas

    Dengan ayat yang pendek ini, ia menjelaskan dengan begitu indah sekali tentang kesucian wujud Tuhan dari sebarang jenis sekutu. Menurut perhitungan akal yang sihat, sekutu itu ada empat jenis. Adakalanya sekutu itu berlaku dalam bilangan, kadang-kadang dalam kedudukan, adakalanya dalam keturunan dan adakalanya dalam perbuatan dan pengaruh. Jadi, dalam surah ini menjelaskan bahawa Tuhan itu benar-benar bersih dari segala sekutu dalam keempat-empat jenis ini. Dalam bilangan Dia cuma Satu, tidak dua atau tiga. Dia juga shomad, yakni tempat kebergantungan segala sesuatu, tanpa-Nya segala yang lain tidak akan wujud dan tidak kekal. Dia juga lam yalid yakni tidak beranak dan tidak mempunyai anak kerana jika ada anak maka sudah tentu ada sekutu-Nya. Dia juga lam…

  • Tafsir Al-Quran

    Tafsir Surah Al-Falaq

    Aku baca dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang. Katakanlah, aku berlindung kepada Tuhan seluruh makhluk, dari kejahatan makhluk yang Dia ciptakan. Dan dari kejahatan yang menjadikan kegelapan ketika meliputi, dan dari kejahatan orang-orang yang meniupkan perpecahan pada simpulan-simpulan, ikatan persahabatan, dan dari kejahatan pendengki apabila ia mendengki. (Terjemahan surah Al-Falaq) Katakanlah, aku berlindung kepada Tuhan dari kejahatan makhkuk-makhluk, dan juga dari malam yang begitu gelap-gelita, yakni kerosakan yang besar sama seperti malam yang gelap-gelita, dan untuk menerangi kembali zaman yang gelap-gelita itu, kekuatan dan pertolongan Ilahi sangat diperlukan kerana insan tidak mampu untuk keluar daripada kegelapan ini. (Barahin Ahmadiyah Bahagian Empat, Rohani Khazain Jilid 1 halaman 604, catatan dalam nota kaki…

  • Tafsir Al-Quran

    Tafsir Surah An-Naas

    Dajjal bukanlah satu wujud manusia, jika tidak maka lafaz an-naas tidak berkaitan dengannya. Dan tidak diragui lagi bahawa lafaz an-naas itu hanya merujuk kepada kumpulan. Jadi, orang yang berada di bawah pengaruh was-was syaitan, mereka itu dinamakan dajjal. Demikian juga yang dimaksudkan dalam tertib al-Quran yang bermula dari ayat Alhamdulillaahi Robbil Aalamiin dan diakhiri dengan ayat Allazii Yuwaswisu Fii Shuduurinnaas, Minal Jinnati Wannaas. Jadi, lafaz an-naas di sini juga adalah dajjal. Kesimpulan dari surah ini ialah kita hendaklah memohon perlindungan kepada Allah agar terhindar dari fitnah dajjal. Sebelum surah ini ada surah al-Ikhlas yang menentang asas ajaran Kristian. Kemudian surah al-Falaq yang menyentuh tentang zaman gelap dan rencana wanita-wanita. Kemudian diteruskan dengan…