• Uncategorized

    Khulasah Khutbah Khalifah – 02 Mac 2018

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Khulasah Khutbah Jumaat HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD Hazrat Khalifatul Maseeh al-Khamisatba 02-03-2018 (Masjid Baitul Futuh London) <<<<<<<<<<>>>>>>>>>>  Setelah membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Antara lain Huzur berkata:- Dalam Islam, menzahirkan akhlak yang baik dalam setiap peringkat, dengan orang di dalam lingkungan dan di luar lingkungan adalah satu tuntutan. Tidak ada satu pun sekecil-kecil perkara dalam soal akhlak yang tidak dijelaskan dalam ajaran Islam. Tidak ada agama yang dapat menandingi pelajaran Islam dalam soal akhlak. Namun, apa yang sangat menyedihkan ialah orang Islam yang seharusnya menjadi contoh dalam penzahiran akhlak yang cantik ini, sebaliknya telah memberikan gambaran yang sangat buruk di mata orang ramai. Ini kerana…

  • Uncategorized

    Khulasah Khutbah Khalifah – 23 Februari 2018

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Khulasah Khutbah Jumaat HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD Hazrat Khalifatul Maseeh al-Khamisatba 23-02-2018 (Masjid Baitul Futuh London) <<<<<<<<<<>>>>>>>>>>  Setelah membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Huzur berkata:- Dalam beberapa hari ini, jemaat-jemaat di pelbagai tempat menyambut acara Yaume Muslih Mau’ud. Tarikh 20 Februari merupakan tarikh di mana Hazrat Maseeh Mau’udasmendapat khabar daripada Allah Ta’ala berkenaan dengan kelahiran seorang putera yang dijanjikan. Khabar ghaib itu dimuatkan dalam Isytihar 20 Februari 1886. Sebenarnya acara Yaume Muslih Mau’ud ini disambut adalah kerana penyempurnaan khabar ghaib yang telah diterima oleh Hazrat Maseeh Mau’udas. Dan bukan kerana hari kelahiran beliau. Kerana ramai anak-anak muda yang bertanya kenapa tidak membuat sambutan kepada khalifah-khalifah…

  • Uncategorized

    Khulasah Khutbah Khalifah – 16 Februari 2018

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Khulasah Khutbah Jumaat HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD Hazrat Khalifatul Maseeh al-Khamisatba 16-02-2018 (Masjid Baitul Futuh London) <<<<<<<<<<>>>>>>>>>>  Setelah membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Huzur berkata:- Seorang mukmin yang mendakwakan diri beriman kepada Allah hendaklah sentiasa merenungkan bahawa Allah Ta’ala memerintakan manusia untuk beribadat sebagaimana firman-Nya Wamaa Kholaqtal Jinna Wal Insa Illaa Liya’buduun, yakni Kami telah menjadikan jin dan manusia untuk beribadat. Kemudian Allah Ta’ala juga mengajarkan bagaimana cara beribadat yang mana di dalamnya ada penzahiran gerakan-gerakan dan juga bacaan doa-doa (zikir). Dalam solat, kedua-dua perkara ini ada. Namun, hendaklah ingat bahawa selain daripada solat, mengingati Allah dalam kesempatan yang lain juga adalah tanggungjawab seorang mukmin.…

  • Uncategorized

    Khulasah Khutbah Khalifah – 09 Februari 2018

    Khulasah Khutbah Jumaat HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD Hazrat Khalifatul Maseeh al-Khamisatba 09-02-2018 (Masjid Baitul Futuh London) <<<<<<<<<<>>>>>>>>>>  Setelah membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Huzur berkata:- Riwayat daripada Hazrat Aisyahra bahawa apabila jenazah seorang mukmin disolatkan oleh 100 orang mukmin dan memohon keampunan ke atasnya, maka dia akan diampunkan. Hari ini saya akan memimpin dua solat jenazah. Pada dasarnya saya hendak menyampaikan dari sudut Fiqah perihal jenazah, tetapi untuk menyampaikannya dari hadis-hadis adalah tidak mungkin pada hari ini kerana kisah-kisah berkenaan dengan pengkhidmat jemaat ini sangat banyak yang datangnya dari keturunan Hazrat Maseeh Mau’udas, Wakfe Zindegi dan beberapa anggota jemaat yang dipercayai. Sebagaimana semua tahu bahawa Sahibzada Mirza Ghulam Ahmad…

  • islahdeen zakat
    Uncategorized

    Zakat

    Allah Ta’ala berfirman di dalam Surah At-Taubah ayat 103 yang terjemahannya: “Ambillah sedekah dari harta mereka agar engkau dapat membersihkan mereka dan mensucikan mereka dengannya. Dan berdoalah untuk mereka; sesungguhnya doa engkau adalah sumber ketenteraman bagi mereka. Dan, Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui”. Rasulullahsawbersabda:- “Orang yang telah diberikan oleh Allah Ta’ala harta kemudian tidak membayar Zakat, maka pada hari kiamat hartanya akan membentuk ular yang sangat berbisa yang akan menjadi belenggu pada lehernya. Kemudian ular itu akan menangkapnya dengan taring dan berkata: akulah hartamu, akulah simpananmu”. (Bukhari Kitabuz Zakat) Hazrat Imam Mahdi, Hazrat Maseeh Mau’udas berkata:- “Zakat itu muncul dari kata tazkiyah. Sucikan harta kamu dan daripadanya berikan Zakat.…

  • Uncategorized

    Apa kata seorang bukan Ahmadi

    *Kesaksian Ghair Ahmadi tentang Potensi Kekuatan Ahmadiyah* Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=ETxe35ADw48  larry king statement in comment section Saya bukan seorang Ahmadi, tapi saya ingin menyajika teori pribadi saya, sebagian didasarkan pada intuisi dan sebagian berdasar apa yang saya yakini sebagai geo-politik yang nampak nyata. Sebelum saya menggambarkan terori saya, sedikit saya sampaikan latar belakang. Runtuhnya Kekaisaran Ottoman menandai titik kemunduran Islam, dan sebaliknya kemajuan Eropa yang sebelumnya tidur. Bagi Eropa, jatuhnya Kekaisaran Ottoman, mewakili mundurnya kekuasaan Islam, dan tentu saja saya berbicra dari sisi geo politik, bukan rohani ataupun kekuasaan agama. Salah satu alasan utama runtuhnya Ottoman adalah karena merosotnya kekuatan otoritas sentral. Mereka mengalami banyak kekalahan dikarenakan kepemimpinan sentral yang sangat…

  • Uncategorized

    Solat – Mencegah Keburukan

    Allah Ta’ala berfirman di dalam Al-Quran:- WA AQIIMUS SHOLAATA (An-Nuur:57) “Dan dirikanlah solat”. Rasulullahsawbersabda bahawa “solat itu adalah inti daripada ibadah”. (Sunan Tarmizi, Kitabud Da’wat) Hazrat Maseeh Mau’udas berkata:- “Salah satu ciri agung seorang muttaqi ialah WA YUQIIMUUNAS SHOLAATA (Al-Baqarah:4) yakni ‘dan mereka mendirikan solat’. Di dalam ayat ini digunakan perkataan ‘mendirikan’. Dan ini juga mengisyaratkan kepada kesulitan yang menjadi tanda agung seorang mukmin, yakni apabila dia mula mendirikan solat maka banyak gangguan yang dihadapinya yang menjadi dasar kejatuhan solat yang dia dirikan. Apabila dia mengucapkan Allaahu Akbar, maka akan muncul gangguan dalam hatinya. Gangguan itu membawanya ke mana-mana sehingga menjadi punca kerisauan. Setiap saat dia berusaha menjadikan hatinya hadir…

  • Uncategorized

    Didikan dan Tarbiyat Anak

    Dalam surah al-Mukmin para Malaikat mendoakan orang-orang mukmin: “Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh di antara bapak-bapak mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al-Mukmin:8) Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda:- “Tidak ada hadiah yang lebih bernilai dari tarbiyat yang terbaik yang datang daripada seorang bapa terhadap anaknya.” (Tarmizi) “Hormatilah anak-anakmu dan perbaiki akhlak dan adab mereka.” (Ibnu Majah) Semua ibu bapa menginginkan anak keturunan, tetapi tidak semua ibu bapa memberikan perhatian terhadap tarbiyat yang terbaik untuk anak-anak. Ada juga yang tidak berdoa untuk anak-anak mereka. Sepatutnya mereka berdoa…

  • Uncategorized

    Hukum Perayaan Maulid Nabi

    Fadhilatus Syeikh al-Allamah Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah ditanya tentang hukum merayakan Maulid Nabi sallallaahu alaihi wasallam, maka beliau rahimahullah menjawab sebagai berikut: Segala pujia hanyalah milik Allah semata Rabb semesta alam. Shalawat dan salam semoga terlimpah atas Nabi kita Muhammad sallallaahu alaihi wasallam, atas keluarga beliau dan sabahat-sahabat beliau serta orang-orang yang mengikuti beliau dengan baik sampai hari kemudian kelak, wa ba’du: Merayakan Maulid Nabi sallallaahu alaihi wasallam tidak pernah terjadi di kalangan umat Islam, perayaan ini baru muncul pada abad keempat hijriyah. Perayaan Maulid ini tidak dikenal pada masa Sahabat, para tabiín dan tabi’ tabiín. Perayaan Maulid Nabi memerlukan dua argumentasi. Pertama: Penetapannya, iaitu penetapan Maulid Nabi dari…

  • Uncategorized

    Media Sosial dan Kesannya

    Di dalam Al-Quran ada dinyatakan bahawa syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. Dan di dalam Hadis juga ada menyebutkan bahawa godaan syaitan itu boleh menyebabkan manusia melakukan kejahatan. Syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dan menjadikan amalan manusia itu menjurus kepada kerosakan, malah dalam amalan kebaikan pun syaitan akan berusaha meletakkan sesuatu sehingga kebaikan itu bertukar menjadi kejahatan. Sebenarnya syaitan adalah musuh manusia sejak dari dahulu lagi. Syaitan hendak memusnahkan manusia secara sembunyi-sembunyi. Pada syaitan, yang paling baik ialah dapat menyesatkan manusia. Sebab itu mereka berusaha sedaya upaya ke arah tersebut sehingga manusia benar-benar jauh daripada syurga. Memang syaitan akan bertempiaran lari apabila ada manusia membaca LAA HAULA … …