• Uncategorized

    Khulasah Khutbah 29 Julai 2016

    Khulasah Khutbah Jumaat HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD KHALIFATUL MASEEH AL-KHAMIS Aiyadahul Laahu Ta’ala Binasrihil Aziz 29 Julai 2016, Masjid Baitul Futuh London Keadaan dunia sekarang ini sangat laju menuju kehancuran. Malang sekali ia telah menyebabkan berpecah kepada berapa kelompok. Pemimpin-pemimpin Islam juga tidak menyedari bahawa mereka sedang diperangkap oleh musuh-musuh Islam. Dan orang yang mementingkan keuntungan mengambil peluang ini. Sebabnya ialah kerajaan tidak member perhatian kepada rakyat malah cenderung untuk mengaut keuntungan peribadi. Tidak ada semangat untuk bersabar dan tindakan daripada kerajaan juga berunsur kezaliman. Jika kezaliman ini berterusan maka tindak balas akan terjadi yang mana akan menggunakan kekuatan yang besar. Akal fikiran menuntut supaya berfikir dengan mendalam sebelum melakukan…

  • Uncategorized

    Khulasah Khutbah 22 Julai 2016

    Khulasah Khutbah Jumaat HAZRAT MIRZA MASROOR AHMADKHALIFATUL MASEEH AL-KHAMIS Aiyadahul Laahu Ta’ala Binasrihil Aziz 22 Julai 2016, Masjid Baitul Futuh London Berkenaan dengan kebiasaan Hazrat Maseeh mau’ud alaihissalam dalam memastikan kesihatan tubuh badan yang berkekalan, Hazrat Muslih Mau’ud berkata:- “Beliau tidak malas malah sangat bekerja keras, walaupun selalu menyendiri beliau tetap disiplin. Kebanyakan perjalanan beliau dilakukan dengan berjalan kaki. Sangat kurang menaiki tunggangan. Kebiasaan ini berterusan sehingga usia beliau lanjut. Setiap hari beliau berjalan sejauh empat hingga tujuh batu.” Berkaitan dengan ini, Huzur menasihatkan kepada Wakfe Zindegi terutama sekali para muballigh supaya menjadilkan tubuh badan yang kekal sihat dan tegap dengan banyak melakukan senaman. Melihat kepada tubuh badan seorang muballigh…

  • Uncategorized

    Jum’atul Wida’

    Terjemahan Surah Al-Jum’ah ayat 10: ““Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi untuk mengingati AllahTa’ala dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu); yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda:- “Untuk menghindarkan diri daripada dosa-dosa besar, solat lima waktu, dari satu Jumaat sehingga Jumaat berikutnya dan dari satu Ramadhan sehingga Ramadhan berikutnya menjadi kaffarah baginya”. (Sahih Muslim Kitabut Taharah, Baab Assalatul Khams) Berkenaan dengan Jum’atul Wida, Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam pernah menjawab satu persoalan dengan berkata:- “Solat yang telah tertinggal tidak boleh digantikan semula, tetapi puasa boleh. Orang yang sengaja meninggalkan solat sepanjang tahun dengan harapan akan…

  • islahdeen solat
    Uncategorized

    Solat Mencegah Perbuatan Keji & Mungkar

    Sesungguhnya solat boleh mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. (Al-Ankabut:46)   Rasulullah saw bersabda: “Dapatkah kamu bayangkan sekiranya di hadapan pintu rumah seseorang ada sungai mengalir dan dia mandi di dalam sungai itu lima kali sehari, adakah masih kotoran melekat pada badannya? Para sahabat berkata: Tidak ada lagi kotoranya ya Rasulullah!. Baginda saw bersabda: Inilah permisalan solat lima waktu. Ia menjadi sarana dosanya dimaafkan oleh Allah dan kelemahan-kelemahannya dijauhkan. (Bukhari Kitabul Mawaqiitus Sholaat, Baabus Sholaatul Khams Kaffarah Lil Khata) Hazrat Maseeh Mau’ud as berkata:- Letakkan kecintaan dan keagungan Allah Ta’ala dalam hati kamu, dan untuk itu tidak ada cara yang lebih baik selain daripada solat. Ini kerana puasa hanya datang…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 20

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda:- “Ada dua perkara yang perlu bagi seorang insan iaitu menghindari keburukan dan berlari menuju kebaikan. Dan kebaikan ada dua sudut. Pertama ialah meninggalkan keburukan dan yang kedua meningkat dalam kebaikan. Dengan hanya meninggalkan keburukan tidak menjamin seseorang menjadi sempurna selagi tidak ada usaha untuk meningkatkan kebaikan, yakni berusaha memberi kebaikan-kebaikan kepada orang lain. Dengan itu dapat diketahui sejauh mana perubahan yang dibuat, dan tahap ini hanya dapat dicapai sekiranya ada keimanan dan pengetahuan dalam sifat-sifat Allah. Selagi hal ini belum ada, maka insan tidak boleh selamat dari keburukan. Memberikan faedah kepada orang lain satu perkara yang sangat besar. Kuasa raja dan undang-undang tentera India juga…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 19

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda:- “Nabi-nabi dan rasul-rasul yang telah mendapat kedudukan tinggi, mereka bukanlah mendapatkan kedudukan tersebut dengan begitu mudah dan senang, malah mereka diuji dengan pelbagai situasi yang sangat berat, dan hanya melalui kesabaran sahaja ia dapat dilalui sehingga Allah Ta’ala memberikan mereka darjat yang tinggi. Cuba lihat Nabi Ibrahim, berapa besar ujian yang beliau terima. Beliau memegang pisau di tangan untuk mengorbankan anaknya. Beliau sudah meletakkan pisau di leher anaknya tetapi di hadapannya adalah kambing. Ibrahim telah lulus dalam ujian itu. Tuhan juga telah menyelamatkan anaknya. Tuhan sangat gembira atas perlakuan Ibrahim. Semua ini kurnia Allah Ta’ala bahawa anak itu selamat. Jika tidak, Ibrahim memang hendak menyembelih…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 18

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda:- “Ingatlah dengan sebaik-baiknya, jika laknat Tuhan tidak bersama-sama dengan laknat manusia, maka ia tidak memberi apa-apa kesan. Jika Tuhan tidak berkehendak untuk menghapuskan kita, maka kita tidak akan dapat dihapuskan oleh sesiapa. Tetapi, jika Tuhan yang menjadi musuh bagi kita, maka tidak ada sesiapa yang boleh memberi perlindungan kepada kita. Bagaimana kita boleh menjadikan Allah Ta’ala redha dan bagaimana Allah boleh bersama-sama dengan kita? Dalam perkara ini, saya berkali-kali mendapat jawapan bahawa segala-galanya adalah melalui TAQWA. Jadi, wahai saudara-saudaraku! Berusahalah untuk menjadi orang bertakwa. Tanpa amalan, semua ucapan tidak menggambarkan apa-apa, dan tanpa keikhlasan pula tidak ada amalan yang diterima. Jadi, takwa itu ialah menghindari…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 16

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihis salam bersabda:- “Atas hamba yang lemah ini dizahirkan dalam sebuah rukya tentang makna matahari terbit dari sebelah Barat, iaitu negara-negara Barat yang sejak dahulu lagi hidup dalam kegelapan, kekafiran dan kesesatan, mereka akan disinari dengan cahaya kebenaran dan mereka akan mendapat bahagian daripada Islam. Dan saya telah melihat bahawa saya berdiri di atas mimbar di sebuah bandar London dan dalam bahasa Inggeris saya menyampaikan ceramah tentang kebenaran Islam dengan penuh semangat. Selepas itu saya banyak menangkap burung-burung yang duduk di atas pepohonan, dan warna mereka ialah putih, mungkin sama seperti merpati. Jadi, saya memberikan ta’birnya bahawa jika bukan saya, pasti tulisan-tulisan saya yang akan sampai kepada…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 17

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda:- “Nasihat untuk saudara-saudara yang masuk bai’at dalam jemaat ini, Wahai saudara-saudaraku yang masuk bai’at dalam jemaatku! Semoga Tuhan memberi taufik kepada saya dan kamu akan semua perkara yang Dia redhai. Hari ini kamu masih sedikit dan dipandang hina, dan ada juga musibat yang menimpa kamu sesuai dengan sunnatullah sejak dahulu lagi. Mungkin ada usaha dari setiap penjuru untuk menghapuskan dan menghinakan kamu. Dan banyak ucapan-ucapan yang terpaksa kamu dengari. Dan semua mereka yang menyusahkan kamu sama ada dengan lidah atau tangan, mereka beranggapan telah menolong Islam. Dan kamu juga akan menghadapi musibat dari langit supaya kamu diuji dari pelbagai sudut. Jadi, dengarkanlah waktu ini bahawa…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 15

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda:- Semua mazhab (agama) yang tidak dapat mempersembahkan sarana keyakinan adalah mazhab palsu. Semua agama yang tidak dapat memperlihatkan Tuhan melalui keyakinan adalah agama palsu. Semua agama yang hanya mengajarkan kisah-kisah dongeng dan hikayat-hikayat lama juga adalah palsu. Sekarang ini Tuhan tetap sama seperti dahulu. Sekarang pun Kudrat-Nya masih tetap berlaku sama seperti dahulu. Sebagaimana dahulu Dia berkuasa memperlihatkan tanda-tanda, sekarang pun tetap memperlihatkan tanda-tanda-Nya. Oleh karena itu, mengapakah kamu merasa gembira atau puas hati hanya dengan mendengar kisah-kisah sahaja? Agama itu adalah agama yang sudah rosak jika mukjizatnya tinggal kisah-kisah sahaja, khabar ghaibnya juga tinggal kisah semata-mata. Suatu jemaat dianggap sudah rosak sekiranya Tuhan tidak…