• Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 14

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihis salam bersabda:- “Sesiapa yang diletakkan oleh Allah dalam kesusahan di dunia ini dan juga mereka yang menanggung kesusahan untuk Allah Ta’ala, maka mereka akan mendapat ganjaran daripada Allah Ta’ala di akhirat. Dunia ini adalah tempat mengembara, bukannya tempat menetap. Jika ada seseorang mengumpul segala sarana untuk bergembira, itu bukanlah kegembiraan sebenar. Semua kesenangan dan kesulitan akan berlalu, selepas itu akan menuju satu tempat yang kekal abadi. Orang yang dalam kehidupan sementara ini melihat suatu kekurangan dalam penciptaan insan lalu menganggapnya itu adalah hasil dosa-dosa dan perbuatan dalam kehidupan yang lepas, mereka sebenarnya melakukan kesilapan. Tidakkah mereka tahu bahawa kehidupan akhirat adalah satu kehidupan yang agung? Kepada…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 13

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda:- Wahai hamba pencari Tuhan! Bukalah telinga dan dengarkanlah bahawa sesungguhnya keyakinan itu adalah sesuatu yang luar biasa. Keyakinan boleh melepaskan kamu dari cengkaman dosa. Keyakinan itu boleh memberikan kekuatan untuk melakukan kebaikan. Keyakinan itu boleh menjadikan kamu seorang asyik yang sejati kepada Tuhan. Adakah kamu boleh terselamat dari dosa tanpa keyakinan? Adakah kamu dapat mengawal hawa nafsu tanpa penzahiran keyakinan? Adakah kamu dapat memperolehi suatu ketenteraman tanpa keyakinan? Adakah kamu dapat membuat perubahan yang sejati dalam diri kamu tanpa keyakinan? Dapatkah kamu memperoleh suatu kebahagiaan yang hakiki tanpa keyakinan? Adakah di bawah langit ini suatu kaffarah (penebusan) atau bayaran fidyah yang dapat menghindarkan kamu dari…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 12

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda:- Jika kamu benar-benar menjadi kepunyaan Tuhan, maka yakinlah bahwa Tuhan menjadi kepunyaan kamu sendiri. Ketika kamu sedang tidur, Tuhan akan berjaga untuk kamu. Ketika kamu leka terhadap musuh, Tuhan akan memperhatikan mereka dan mematahkan segala rencananya. Kamu sampai sekarang tidak sepenuhnya mengetahui kudrat-kudrat yang Tuhan miliki. Sekiranya kamu tahu, sudah tentu tidak ada hari berlalu yang menjadikan kamu bersedih hati untuk dunia. Seseorang yang memiliki sejumlah kekayaan, adakah dia akan menangis hanya kerana kehilangan satu sen sehingga meratapinya seolah-olah mengalami satu kerugian yang sangat besar? Kalau kamu menyedari bahawa Tuhan akan mencukupkan setiap keinginan kamu, mengapakah kamu begitu tenggelam dalam urusan duniawi? Tuhan adalah satu…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 11

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihis salam bersabda:- “Wahai sekalian manusia yang dipanggil kepada kebaikan dan kebenaran, peganglah keyakinan itu dengan bersungguh-sungguh, bahawa tarikan terhadap Tuhan akan muncul dalam diri kamu dan kamu akan dibersihkan dari bintik kotoran dosa apabila hati kamu telah dipenuhi dengan keyakinan. Mungkin kamu akan berkata bahawa kamu sudah memiliki keyakinan itu. Jadi, ingatlah bahawa kamu sedang tertipu. Keyakinan sama sekali belum kamu miliki kerana kamu belum memperolehi apa yang sepatutnya. Puncanya ialah kamu tidak menghindarkan diri dari dosa. Kamu juga belum lagi melangkahkan kaki sebagaimana yang seharusnya. Kamu juga tidak takut sebagaimana yang seharusnya. Cubalah kamu fikirkan sendiri, orang yang merasa yakin bahawa di dalam sebuah lubang…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 10

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihis salam bersabda:- “Dalam Wujud Tuhan kami, tidak terkira banyaknya keajaiban-keajaiban yang ada, tetapi yang dapat melihatnya hanya mereka yang menjadi milik-Nya dengan benar dan suci. Namun, bagi orang lain yang tidak beriman kepada kudrat-Nya, dan tidak jujur dan setia dalam keimanannya, Dia tidak menzahirkan keajaiban-keajaiban itu. Sunguh malang sekali insan yang sehingga sekarang tidak mengetahui bahawa dia mempunyai satu Tuhan yang berkuasa atas segala sesuatu! Syurga kita adalah Tuhan kita, kelazatan kita yang paling tinggi terletak dalam diri Tuhan kerana kita telah melihat-Nya, dan segala keindahan terdapat pada Wujud-Nya. Harta ini patut dimiliki walau pun harus dengan mempertaruhkan jiwa, dan permata ini patut dibeli sekali pun…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 9

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihis salam bersabda:- “Barangsiapa yang duduk dalam kumpulan para penentang dan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh mereka, dia bukan dari golongan Jemaatku. Setiap penzina, pendurhaka, pemabuk, pembunuh, pencuri, penjudi, pengkhianat, pemberi dan penerima rasuah, perampas, penganiaya, pendusta, pemalsu dan rakan subahat mereka, dan orang yang melemparkan tuduhan terhadap saudara lelaki dan perempuannya, yang tidak bertaubat dari perbuatan-perbuatan buruknya, yang tidak meninggalkan majlis-majlis yang merosakkan, mereka semua itu bukan dari golongan Jemaatku. Semua sifat itu adalah racun. Jika kamu memakan racun-racun itu, dengan cara apapun kamu tidak akan selamat. Cahaya dan kegelapan tidak dapat berkumpul bersama-sama pada satu tempat. Barangsiapa yang berwatak serong dan tidak jujur dalam…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 8

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihis salam bersabda:- “Jangan merasa cukup dengan berkata “kami secara zahirnya telah bai’at”. Bai’at secara zahir itu belum memberi erti apa-apa. Tuhan melihat kepada hati kamu dan Dia akan menuntut kamu sesuai dengan keadaan hati kamu. Perhatikanlah, dengan mengatakan hal ini aku menunaikan kewajipan tabligh, bahwa dosa itu merupakan racun, janganlah memakan racun itu. Keingkaran terhadap Tuhan adalah suatu kematian yang kotor, maka hindarilah. Berdoalah agar kamu mendapat kekuatan. Barangsiapa yang ketika berdoa tidak meyakini bahawa Tuhan berkuasa atas segala sesuatu, sebaliknya menganggap Allah hanya sekadar berjanji, ia bukan dari golongan Jemaatku. Barangsiapa yang tidak meninggalkan dusta dan penipuan, dia bukan dari jemaatku. Barangsiapa yang terjerat dalam…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 7

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihis salam bersabda:- “Jadi, segeralah berdamai antara satu sama lain dan maafkanlah kesalahan-kesalahan saudara kamu, sebab sungguh jahat orang yang tidak suka berdamai dengan saudaranya. Dia akan disingkirkan kerana telah cuba menanam benih perpecahan. Tinggalkanlah segala keinginan untuk mengikuti hawa-nafsu, dan biarkan kemarahan sesama kamu berlalu pergi. Walaupun kamu berada di pihak yang benar, bersikaplah merendahkan diri seolah-olah kamu yang bersalah, supaya kamu diberikan keampunan. Tinggalkanlah segala sesuatu yang boleh meng-gemukkan hawa nafsu kamu, sebab pintu di mana kamu dipersilakan masuk tidak dapat dilalui oleh orang yang gemuk hawa nafsunya. Alangkah malangnya orang yang tidak mempercayai apa yang difirmankan oleh Tuhan, dan apa yang telah aku sampaikan…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 6

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihis salam bersabda:- “Demikian juga orang yang begitu yakin akan kekuatan yang dia miliki dan tidak cenderung untuk berdoa, itu juga termasuk dalam takbur. Ini kerana dia tidak mengenali sumber segala kekuatan, malah menganggap dirinya ada kelebihan. Jadi, wahai saudaraku! Ingatlah semua perkara ini, jangan sampai kamu termasuk dalam kategori takbur dari suatu segi apa pun di pandangan Tuhan, dan kamu sendiri tidak menyedarinya. Orang yang membetulkan kesalahan sebutan seseorang dengan perasaan takbur, dia telah bersikap takbur. Seseorang yang tidak mendengar dengan serius ucapan saudaranya dan memalingkan mukanya, dia juga telah bersikap takbur. Seorang miskin yang duduk berdekatan saudaranya, lalu saudaranya tidak merasa senang, orang itu juga…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 5

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihis salam menjelaskan:- “Saya menasihatkan anggota jemaatku bahawa jauhilah takbur kerana takbur itu sangat tidak disukai pada pandangan Allah Ta’ala. Tetapi mungkin kamu tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan takbur. Jadi, fahamilah bahawa saya berkata-kata dengan ruh Tuhan. Setiap orang yang memandang rendah terhadap saudaranya dengan beranggapan bahawa dia lebih berilmu, berkemahiran dan pakar dalam suatu bidang, maka itu adalah orang yang takbur, ini kerana dia tidak menganggap bahawa Allah Ta’ala adalah sumber segala ilmu dan kepandaian, dia meletakkan dirinya pada tempat yang tinggi. Adakah Tuhan tidak berkuasa untuk menjadikannya gila lalu memberikan akal kebijaksanaan kepada orang yang dianggapnya rendah. Demikian juga orang yang menganggap diri mereka…