• Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 4

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihis salam menjelaskan:- “Takutlah kepada langkah-langkah yang boleh membawa ke arah kehancuran. Takutlah kepada Tuhan dan berjalanlah di atas landasan takwa. Janganlah menyembah makhluk Allah. Hadapkanlah seluruh perhatian kamu kepada Allah supaya perhatian kamu kepada dunia ini menjadi tawar dan berkurangan. Dan jadilah kamu milik-Nya dan jalanilah kehidupan kamu semata-mata untuk Allah, tanamkan kebencian terhadap segala kekotoran dan dosa kerana Dia itu Suci. Setiap kali waktu pagi, hendaknya memberi kesaksian bahawa kamu telah melalui waktu malam dengan penuh ketakwaan, dan setiap waktu petang hendaknya menjadi saksi bahawa kamu telah melalui waktu siang dengan ketakutan di dalam hati terhadap Allah. Janganlah takut akan laknat dunia, sebab laknat itu…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 3

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihis salam menjelaskan:- “Memperlihatkan tanda-tanda rahmat adalah adat kebiasaan Tuhan semenjak zaman dahulu lagi. Tetapi kamu boleh mengambil bahagian dalam kebiasaan ini hanya apabila tidak ada suatu sebab yang memisahkan kamu dari-Nya, dan apabila kesukaan kamu menjadi kesukaan-Nya, dan kehendak kamu menjadi kehendak-Nya, dan kegembiraan kamu setiap masa, dan dalam setiap keadaan sama ada berhasil atau gagal, kamu tetap setia di istana-Nya sehingga apa yang Dia inginkan, kamu melakukannya dan menyerah kepada segala kehendak-Nya. Jika kamu berbuat sedemikian, maka di dalam diri kamu akan kelihatan Wujud Tuhan yang sudah lama menyembunyikan Wajah-Nya. Apakah ada di antara kamu sekalian yang mengamalkan ajaran ini? Yang hanya mencari keredhaan-Nya? Dan…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 2

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihis salam bersabda:- “Jelaslah bahawa melafazkan bai’at hanya melalui lidah sahaja tidak membawa erti apa-apa selagi hati tidak mengakui bersungguh-sungguh untuk beramal dengannya. Jadi, orang yang benar-benar akan beramal atas ajaranku, mereka akan masuk dalam rumahku yang mana Allah Ta’ala telah berjanji kepadaku INNII UHAAFIZU KULLA MANFID DAAR yakni ‘setiap orang yang berada di dalam empat penjuru dinding rumahmu akan Aku selamatkan’. Namun, jangan disalahfahami bahawa mereka itu hanyalah orang-orang yang berada dalam rumahku, yakni yang tinggal di dalam rumahku yang diperbuat daripada tanah dan batu. Malah mereka yang dimaksudkan juga ialah orang-orang yang benar-benar mentaatiku dan tinggal di dalam rumah rohaniku. Dalam perkara keitaatan, mereka hendaknya sedemikian rupa…

  • Uncategorized

    Ringkasan Khutbah 17 Julai 2015

    Huzur menilawatkan Surah Al-Jum’ah ayat 10-11 bersama terjemahan. 10. Hai orang-orang yang beriman! Apabila dipanggil untuk solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah untuk mengingat Allah dan tinggalkan jual beli. Hal demikian adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. 11. Dan, apabila telah diselesaikan solat, maka bertebaranlah kamu di bumi dan carilah kurnia Allah, dan ingatlah kepada Allah sebanyak-banyaknya, supaya kamu mendapat kebahagiaan. Bulan Ramadhan telah sampai ke penghujungnya. Ramai di antara kita yang telah mengambil manfaat daripadanya. Ada juga orang yang mendapat pengalaman baru. Jadi, apa yang perlu dilakukan selanjutnya ialah segala kurnia, berkat rohani dan pengalaman ini haruslah menjadi bahagian dalam kehidupan harian kita. Jumaat ini adalah Jumaat terakhir…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 1

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihis salam bersabda:- “Mubarak atas kamu apabila kamu tidak pernah memperlihatkan keletihan dalam berdoa, dan ruh kamu hancur luluh dalam berdoa, dan air mata kamu mengalir, dan dada kamu membara, dan doa kamu itu mengarahkan kamu pergi bersendirian, duduk dalam pondok yang gelap gelita di dalam hutan yang sunyi sepi, dan doa kamu itu menjadikan kamu seperti orang gila, kosong fikiran dan benar-benar tidak tahu akibatnya, kerana akhirnya kamu akan mendapat kurnia. Tuhan, yang kepada-Nya kita memohon adalah sangat Pengasih dan Penyayang, Maha Hidup, Benar, Setia, Kasih kepada hamba-hamba. Maka kamu juga hendaklah menjadi seorang yang setia, dan berdoalah dengan penuh kesetiaan dan benar, supaya kamu dikasihi.…

  • Uncategorized

    Ringkasan Khutbah – 15 Mei 2015

    Ringkasan Khutbah Huzur 15 Mei 2015 Dengan merujuk kepada tindakan kerajaan Punjab Pakistan yang mengharamkan penyebaran akhbar-akhbar dan buku-buku Hazrat Maseeh Mau’ud, huzur berkata:- “Orang menulis surat kepada saya, menghantar faks dan sebagainya kepada saya menzahirkan kerisauan mereka. Kita harus ingat bahawa ini semua bukanlah perkara baru. Semenjak jemaat Ahmadiyah berdiri, perkara seperti ini terus menerus berlaku. Sekarang berlaku dan akan datang juga tetap berlaku. Tindakan mereka itu tidak pernah memberi kerugian kepada jemaat pada masa dahulu dan tidak juga masa akan datang. Tetapi, seperti selalu yang terjadi bahawa tindakan para penentang ini hanya akan membakar semangat keimanan kita dan kecintaan terhadap Hazrat Maseeh Mau’ud”. Jika perhatian kita ke arah…

  • Uncategorized

    Ringkasan Khutbah Jumaat Huzoor – 6 Mac 2015

    Surah Al-Hasyar ayat 19-20 19 : “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah; dan hendaklah setiap jiwa memperhatikan apa yang didahulukan untuk esok hari, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” 20. Dan, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah; maka Dia pun menjadikan mereka lupa terhadap diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” Disebabkan menganggap semua jenis keburukan atau dosa adalah perkara biasa dan tidak berusaha untuk menghindarinya, ia akan memandu seseorang insan untuk melakukan dosa yang lebih besar tanpa disedarinya. Dan secara perlahan-lahan insan akan melupakan kebaikan-kebaikan dan jauh dari ketakwaan, dan akan hilang keyakinan ke atas kehidupan selepas mati,…

  • Uncategorized

    Ringkasan Khutbah Huzur 06.02.2015

    Dalam khutbah kali ini, antara lain Huzur mengatakan:- Orang yang membaca buku-buku Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam terdapat berbagai niat. Ada yang membacanya hanya bertujuan untuk mencari suatu bahan yang boleh dikritik. Mereka tidak berusaha memahami apa yang ditulis. Orang yang seperti itu juga sanggup mencari suatu bahan kritikan walaupun terhadap Kalam Allah Ta’ala. Sebab itu Allah Ta’ala menyatakan dengan tegas bahawa Al-Quran itu adalah sebagai penawar untuk orang-orang yang beriman dan sumber petunjuk manakala bagi mereka yang melampaui batas, ia akan membawa mereka ke arah kerugian sehingga semakin jauh daripada Allah Ta’ala. Walaupun ia adalah Kalam Allah Ta’ala, ia tidak akan memberi manfaat sekiranya tidak dibaca dengan hati yang suci.…

  • Uncategorized

    Ringkasan Khutbah – 23 Januari 2015

    Dalam khutbah yang lepas Huzur telah menjelaskan tentang bagaimana semangat kecintaan Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam kepada Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam. Dengan memetik riwayat daripada Hazrat Muslih Mau’ud radhiallahu anhu beliau berkata; “Satu kali Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam berada di stesen Lahore atau Amritsar dan kebetulan di situ datang Pandit Lekhram lalu memberi salam kepada beliau. Namun, Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam tidak mempedulikannya sedikitpun. Beliau akhirnya berkata dengan penuh semangat kepada para sahabat; dia tidak ada perasaan malu kah? Dia menghina Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam lalu dia datang kepada saya untuk memberi salam.” Dari kisah ini kita dapat mengambil kesimpulan betapa tingginya penghormatan beliau ke atas Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam. Kemudian…