Uncategorized

Kemungkinan Ada Nabi Menurut Hadis_1

HADIS PERTAMA
HADDATSANAA ‘ABDUL QUDDUUSIBNU MUHAMMADIN, HADDATSANAA DAWUUDUBNU SYABIIBIL BAAHILIYI, HADDATSANAA IBROOHIIMUBNU ‘UTSMAANA, HADDATSANAAL HAKAMUBNU ‘UTAIBATA ‘AN MIQSAMIN ‘ANIBNI ‘ABBAASIN RADHIYALLAAHU ‘ANHU QOOLA LAMMAA MAATA IBROOHIIMUBNU RASUULIL LAAHI SALLALLOOHU ‘ALAIHI WASALLAMA WA QOOLA INNA LAHUU MURDHI’AN FIL JANNATI WALAU ‘AASYA LAKAANA SHIDDIQAN NABIYYAN (Ibnu Majah Jilid 1, Kitabul Janaiz bab Maa Jaa’a Fis Sholaati ‘Alabni Rasuulillaahi Dzikru Wafaatih halaman 237, Mesir)
Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa apabila putera Rasulullah s.a.w Ibrahim wafat, maka Rasulullah s.a.w memimpin solat jenazahnya dan berkata bahawa di syurga ada seorang wanita yang menyusukannya dan berkata bahawa kalau dia hidup pasti menjadi seorang nabi yang benar.
Kewafatan Ibrahim ibnu Rasulullah s.a.w ini berlaku pada tahun 9 Hijrah, dan ayat Khataman Nabiyin turun pada 5 Hijrah, maknanya Rasulullah s.a.w mengucapkan kata-kata ini empat tahun selepas turunnya ayat Khataman Nabiyin, iaitu seandainya Ibrahim hidup, pasti akan menjadi seorang nabi. Dapat difahami seolah-olah dia tidak menjadi nabi disebabkan kewafatannya dan bukan kerana kenabian sudah tertutup. Seandainya kita katakan bahawa Rasulullah s.a.w beranggapan bahawa tidak ada sebarang nabi selepas baginda, maka sepatutnya baginda s.a.w mengucapkan LAU ‘AASYA IBROOHIIMU LAMAA KAANA NABIYYAN LI’ANNII KHOOTAMUN NABIYYIIN, yakni jika Ibrahim tetap hidup pun, dia tidak akan menjadi nabi kerana aku adalah Khataman Nabiyin.
Misalnya sama seperti seseorang mengucapkan bahawa ‘seandainya anak saya hidup, sudah pasti akan mendapat BA. Adakah sijil BA dalam hal ini tertutup? Tidak, tetapi BA boleh diperolehi, namun kerana anaknya meninggal dunia, sebab itu tidak mendapat BA.
Demikian juga seperti dalam hadis di atas, Ibrahim tidak menjadi seorang nabi kerana beliau wafat.
Bukti Kesahihan Hadis
1. Hadis ini terdapat dalam Ibnu Majah yang tergolong dalam Sihah Sittah.
2. Berkenaan dengan hadis ini ada tertulis dalam Syihab Alal Baidhawi: AMMAA SIHHATUL HADIITSU FALAA SYUBHATA FIIHI LA’INNAHU RAWAAHUBNU MAAJATA WAGHAIRUHUU KAMAA DZAKARAHUU IBNU HAJAR (As-Syihaab ‘Alal Baidhawi Jilid 7, halaman 175) yakni dalam kesahihan hadis ini tidak diragukan lagi kerana ia diriwayatkan dalam Ibnu Majah dan juga yang lain seperti Hafiz Ibnu Hajar.
3. Mullah Ali Qari sebagai seorang Muhaddis menulis: LAHUU THURUQUN TSALAATSUN YUQAUWAA BA’DHUHAA BI BA’DHIN (Maudhu’at Kabiir halaman 58) yakni beberapa orang mengatakan bahawa hadis ini adalah maudhu’ tetapi sebenarnya tidak maudhu’ kerana diriwayatkan dengan tiga kaedah, dan setiap satu kaedah menguatkan kaedah yang lain. Dan beliau menetapkan hadis ini sebagai sahih, dan menta’wilkan ayat Khataman Nabiyin kerana ia tidak bertentangan dengannya. Beliau berkata: FALAA YUNAAQIIDHU QOULUHUU TA’AALAA KHOOTAMAN NABIYYIINA IDZIL MA’NAA ANNAHUU LAA YA’TII NABIYUN BA’DAHUU YANSAKHU MILLATAHUU WALAM YAKUN MIN UMMATIHII (Maudhu’at Kabiir halaman 59) yakni hadis ini tidak bertentangan dengan Khataman Nabiyin kerana maksud Khataman Nabiyin ialah selepas Rasulullah s.a.w, tidak boleh ada lagi nabi yang datang memansukhkan syariat baginda dan yang bukan dari umat baginda.
4. Hadis ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Mullah Ali Qari iaitu diriwayatkan dalam tiga kaedah, yakni bukan hanya diriwayatkan oleh Ibnu Abbas malah, ia juga telah diriwayatkan oleh Anas dan Jabir. Hafiz Ibnu Hajar Asqalani dengan merujuk kepada Imam Suyuti mengatakan bahawa riwayat Anas juga adalah sahih. Beliau menulis WABAIYANAL HAAFIZUS SUYUUTHII ANNAHUU SAHHA ‘AN ANASIN RADHIYAL LAAHU ‘ANHU ANNAHUU SU’ILAN NABIYU SALLALLAAHU ‘ALAIHI WASALLAM ‘ANIBNIHII IBROOHIIMA QOOLA LAA ADRII RAHMATUL LAAHI ‘ALAA IBROOHIIMA LAU ‘AASYA LAKAANA SHIDDIIQAN NABIYYAN yakni Imam Suyuti menjelaskan bahawa riwayat adalah sahih dari Anas iaitu beliau pernah ditanya, adakah benar Rasulullah menjawab pertanyaan seseorang dengan mengatakan bahawa (jika dia hidup, pasti menjadi nabi yang benar), maka Anas menjawab, saya tidak ingat tetapi rahmat Allah atas Ibrahim, jika dia hidup pasti menjadi nabi yang benar. (Al-Fatawa Al-Haditsiyah, karya Imam Ibnu Hajar Hatsimi, halaman 150, Mesir) Riwayat ini kali ketiga diriwayatkan oleh Jabir sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Suyuti WARAWAAHUBNU ‘ASAAKIRIN ‘AN JAABIRIN ‘ANIN NABIYI SALLALLAAHU ALAIHI WASALLAM (Al-Fatawa Al-Haditsiyah, Mesir, halaman 150)
Jadi, hadis ini diriwayatkan dalam tiga kaedah yang berlainan oleh tiga sahabat dan tidak perlu diragukan lagi kesahihannya.
Sanad-sanad
Dalam sanad-sanad hadis ini ada enam periwayat:-
1. Abdul Quddus bin Muhammad. Hafiz Ibnu Hajar Asqalani menulis mengenainya dalam kitab Tahziibut Tahziib, QOOLAN NASAAI TSIQQATUN WA ZAKARAHUBNU HABBAANA FITS TSIQAATI (Tahziibut Tahziib Haraf Ain Jilid 2, halaman 370) yakni Nasai berkata bahawa perawi ini siqat dan Ibnu Habban telah menggolongkannya dalam perawi-perawi siqat.
2. Daud bin Syabib Al-Bahili. QOOLA ABUU HAATIMI SHUDUUQUN WA ZAKARAHUBNU HABBAANA FITS TSIQAAT (Tahzibut Tahziib Jilid 3, halaman 188) yakni Abu Hatim mengatakan bahawa ia benar dan Ibnu Habban telah menggolongkannya dalam perawi siqat.
3. Ibrahim bin Utsman. Berkenaan dengan beliau ini ramai yang mengatakan dho’if tetapi tidak memberitahu apa alasannya. Beliau Qadi di bandar Wasith, berkenaan dengan beliau ada tercatat dalam Tahziibut Tahziib: QOOLA YAZIIDUBNU HAARUUNA MA QADHAA ‘ALAN NAASI RAJULUN YA’NI FII ZAMAANIHII A’DALA FIL QADHAA’I MINHU…..QOOLABNU ‘ADIYYIN LAHUU AHAADIITSU SHOOLIHATUN WA HUWA KHOIRUM MIN IBROOHIIMABNI ABI HAIYYAH (Tahziibut Tahziib halaman 145, Al-Akmalu Fi Asmaa’ir Rijaali, karya Allamah Kharaji, hasyiah halaman 20) yakni Yazid bin Harun mengatakan bahawa pada zamannya, tidak ada orang yang telah membuat penyelesaian lebih adil dan saksama selain beliau dan ibnu Addi mengatakan bahawa hadis-hadisnya adalah benar. Dan juga beliau perawi yang lebih baik daripada Abu Haiyah.
Berkenaan dengan Abu Haiyah, tertulis dalam Tahziibut Tahziib QOOLAN NASAI TSIQQATU ….. WAWATS TSIQQAHUD DAARU QUTHNII ….. IBNU HABBAAN (Tahziibut Tahziib Jilid 1, halaman 113) bahawa Dar Quthni ibnu Qani’ dan Ibnu Habban menetapkan beliau adalah siqat dan Nasai mengatakan beliau siqat.
Apabila Ibrahim bin Utsman lebih baik daripada Abu Haiyah, dan Abu Haiyah adalah siqat, jadi jelas bahawa Ibrahim bin Utsman juga siqat yang lebih baik. Bagaimana mungkin orang yang tidak ada tandingan dalam keadilan pada zamannya dapat dianggap mengeluarkan hadis-hadis palsu, itu adalah zalim. Dan sebenarnya, oleh kerana beliau sangat adil, tidak menyebelahi sesiapa tanpa hak, itu telah menjadikan beberapa orang dengki dan menyatakan beliau buruk.
Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apabila beliau adil, bagaimana dia boleh menghubungkan suatu perkara yang dusta kepada Rasulullah s.a.w? Dan kita dapat membaca di dalam kitab Tahziibut Tahziib bahawa LAHUU AHAADIITSUN SHOOLIHATUN yakni hadis-hadis beliau boleh diyakini. Selain itu, sebagaimana yang telah dijelaskan juga bahawa hadis ini diriwayatkan dalam tiga cara oleh tiga sahabat yang berlainan. Sebab itu, seandainya hadis ini dipertikaikan atas seorang perawi (riwayat Ibnu Abbas), namun ia tidak boleh diragukan seperti yang telah dijelaskan oleh Mullah Ali Qari dan Imam Suyuti dan Hafiz Ibnu Hajar.
Beberapa Misal Yang Telah Dianggap Dho’if
Dengan hanya menganggap seseorang perawi itu dho’if tidak bermakna perawi tersebut langsung tidak boleh dipercayai selagi alasan yang lojik tidak dijelaskan sebab dalam perkara ini wujud pertentangan YASIIR.
1. Berkenaan dengan Ibrahim bin Abdullah bin Muhammad, tertulis dalam Tahziibut Tahziib ZA’AMABNUL QOTTHAANA INNAHUU DHO’IIFUN yakni menurut Ibnu Qattan beliau adalah dho’if. Seterusnya dalam halaman tersebut juga dikatakan:
2. QOOLAL KHOLILIYYU KAANA TSIQOTAN WA QOOLA MUSLIMATUBNU QOOSIMIL UNDULISIYU TSIQOTUN (Tahziibut Tahziib Jilid 1, halaman 136) yakni Khalili mengatakan bahawa dia siqat dan Muslima bin Qasim Andalusi juga menetapkan beliau adalah siqat. Demikian juga Ibrahim bin Solih bin Darham Al-Bahili menulis mengenai Abu Muhamad Al-Bushra:
3. QOOLAD DAARUL QUTNII DHOO’IFUN yakni Darul Qutni mengatakan dho’if sedangkan ZAKARAHUBNU HABBAAN FIS TSIQAAT (Tahziibut Tahziib Jilid 1 halaman 128, 228) yakni Ibnu Habban menetapkannya sebagai siqat. Justeru itu, beberapa orang menganggap Ibrahim bin Utsman sebagai dho’if adalah tidak sesuai, terutama sekali dengan hadis yang telah dijelaskan kedudukannya sebagai sahih oleh Syihab Ali Al-Baidhawi dan Mullah Ali Qari.
4. Perawi keempat hadis ini ialah Al-Hakam bin Utaibah. QOOLABNU ‘ABBAASID DAURIYYU KAANA SHOOHIBA ‘IBAADATI WA FADHLIN WA QOOLABNU ‘UYAINATA MAA KAANA BIL KUUFATI BA’DA IBROOHIIMA WAS SYU’BII MITSLUL HAKIMU WA QOOLABNU MAHDIYYIL HUKMUBNU ‘UTAIBATA TSIQATUN TSABATA (Tahziibut Tahziib Jilid 2, halaman 433) yakni Ibnu Abbas Ad-Dauri berkata bahawa perawi ini adalah ahli ibadat dan terkemuka, dan selain Ibrahim dan Syu’bi, beliau juga terkenal sebagai ahli ibadat dan terkemuka di Kufah. Dan ibnu Mahdi berkata bahawa perawi ini siqat dan boleh dipercayai.
5. MIQSAM WA QOOLABNU SYAHIINA FIS TSIQAATI QOOLA AHMADUBNU SHOOLIHIL MISHRII TSIQOTUN TSABATUN LAA SYAKKA FIIHI (Ibnu Syahin dan Ahmad bin Solih memberitahu beliau adalah siqat dan boleh dipercayai. (Tahziibut Tahziib Huruf Mim Jilid 10 halaman 289)
6. Abdullah bin Abbas. Mullah Ali Qari berkata: HADIITSUBNI ‘ABBAASIN SHOHIIHUN LAA YUNKIRUHUU ILLAA MU’TAZALIYYUN (Maudhu’aat Kabiir halaman 39) yakni riwayat daripada Ibnu Abbas tidak ada yang menolaknya kecuali Mu’tazali. Beliau adalah saudara sepupu Rasulullah s.a.w. SYAAHADA JIBRIILA MARRATAINI (Al-Akmaalu Fii Asmaa’ir Rijaal, terjemahan Urdu halaman 70) bahawa beliau dilawat oleh Jibril sebanyak dua kali. Ini menjadi penguat kepada kesahihan hadis ini. (Tahziibut Tahziib Jilid 5, halaman 279, Huruf Ain, Abdullah bin Abbas.
Ahmadiyya Pocket Book
Imkaane Nubuwwat Azrue Ahadise Nabawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *