Uncategorized

Lembaran Tarbiyat 04/2011

NASIHAT KHAS UNTUK ANGGOTA JEMAAT
Hazrat Maseeh Mau’ud a.s berkata:-
“Ingatlah dengan sebaik-baiknya, sekiranya mengingkari beberapa perintah Tuhan, itu bermakna kamu telah meninggalkan keseluruhan perintah-Nya. Jika satu bahagian adalah syaitan dan satu bahagian lagi adalah Allah, maka Allah Ta’ala tidak suka akan kewujudan pemilik bahagian yang lain. Sebabnya ialah supaya insan menuju kepada Allah, walaupun jalan menuju Tuhan itu sangat sukar dan ibarat satu kematian, namun akhir kehidupan terletak pada-Nya. Insan yang dapat membuang bahagian syaitan dari dalam dirinya adalah insan yang sangat berberkat, dan rumah, jiwa dan bandar, semuanya turut mendapat berkat. Dan jika bahagian itu masih ada sedikit, itupun belum berhasil mendapat berkat selagi janji bai’at belum diamalkan secara zahir. Bai’at itu tidak membawa apa-apa. Sebagaimana di hadapan seorang insan kamu mengatakan berbagai perkara tetapi tidak melaksanakannya, maka orang itu tidak senang hati. Demikian juga halnya dengan Tuhan, Dia sangat emosi di antara orang-orang yang beremosi. Di satu pihak kamu mentaati-Nya tetapi di pihak yang lain kamu juga mentaati musuh-Nya, itu dikatakan munafik.
Kejahatan itu ada dua jenis, yang pertama ialah mensyirikkan Allah, tidak mengetahui keagungan-Nya, malas dalam ibadat dan ketaatan kepada-Nya. Kedua ialah tidak berlemah-lembut kepada hamba-hamba-Nya, tidak menyempurnakan hak-haknya. Seharusnya tidak timbul dua keburukan seperti ini. Hendaklah kekal dalam ketaatan terhadap Allah. Janji yang telah kamu buat semasa bai’at, peganglah erat-erat. Jangan berikan kesusahan kepada hamba-hamba Tuhan. Bacalah Al-Qur’an dengan penuh perhatian dan beramal padanya. Hindari segala ucapan yang sia-sia dan majlis-majlis yang membawa kepada syirik. Tegakkan solat lima waktu. Ringkasnya, jangan sampai ada suatu hukum Tuhan yang kamu tinggalkan. Bersihkan tubuh badan serta sucikan juga hati dari sebarang dengki, permusuhan dan hasad. Inilah antara perkara yang Tuhan mahu daripada kamu.
Dua amalan yang harus diingat. Satu ialah doa, dan kedua ialah selalu berjumpa agar wujud hubungan dan doa menjadi berkesan.
Tidak ada yang bebas daripada ujian. Sejak bermulanya silsilah nabi dan rasul ini, orang-orang yang menerima kebenaran pasti akan berhadapan dengan ujian. Demikian juga jemaat ini, ia tidak akan terhindar dari menghadapi ujian, ulama-ulama di sekeliling akan terus berusaha supaya kamu meninggalkan jalan ini. Kamu akan difatwakan kafir, tetapi hal ini telah terjadi sejak sekian lama. Jangan hiraukan mereka, hadapilah dengan penuh semangat.” (Malfoozaat Jilid 3, halaman 68)
PERLIHATKAN ISTIQOMAH
Hazrat Maseeh Mau’ud a.s ditanya tentang solat bersama orang-orang yang tidak menerimanya, maka beliau berkata:-
“Jangan solat bersama-sama mereka. Mereka yang sendirian akan melihat bahawa tidak lama lagi akan ada orang bersamanya. Perlihatkan istiqomah. Istiqomah itu mempunyai daya tarikan. Jika tidak ada anggota jemaat, biarlah solat sendirian dan jangan sekali-kali solat bersama mereka yang tidak menerima jemaat ini. Orang yang tidak mengatakan sesuatu yang buruk kepada kita, dari segi amalan mereka juga tidak menerima kebenaran. Jadi, berikan kefahaman terhadap mereka secara terus-menerus. Pasti Tuhan akan menarik seseorang dari mereka. orang yang berpandangan baik, jalinkan hubungan baik dengan mereka, tetapi jauhi orang yang jahat.” (Malfoozaat Jilid 3, halaman 69)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *