Uncategorized

Lembaran Tarbiyat 11

DIRIKAN SOLAT DENGAN TERATUR
Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Dirikanlah solat dengan teratur, beberapa orang mendirikan solat hanya sekali sahaja setiap hari. Hendaklah selalu ingat bahawa tidak ada alasan untuk tidak menunaikan solat, bahkan nabi sendiri pun tidak diberikan keringanan. Dalam satu hadis ada dinyatakan bahawa sekumpulan orang yang baru masuk Islam datang berjumpa Rasulullah s.a.w untuk meminta agar tidak perlu mendirikan solat. Baginda s.a.w menjawab: Jika dalam mazhab itu tidak ada amal, maka mazhab itu tidak bererti apa-apa. Sebab itu ingatlah dengan baik bahawa beramallah sesuai dengan perintah Allah Ta’ala”. (Malfoozaat Jilid 1, halaman 172)
BUAT PERUBAHAN DALAM KEHIDUPAN
Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Ingatlah dengan sebaik-baiknya bahawa meninggalkan Allah Ta’ala lalu yakin sepenuhnya kepada usaha yang dibuat merupakan satu kebodohan. Lahirkanlah perubahan dalam diri seolah-olah satu kehidupan yang baru. Banyakkan membaca istighfar. Orang yang sangat sibuk dengan keduniaan seharusnya merasa takut kerana masa mereka amat sedikit. Orang-orang yang berjawatan pun selalu meninggalkan tanggungjawab terhadap Tuhan. Sebab itu, dalam keadaan terpaksa, diizinkan untuk jamak solat Zuhur dan Asar serta Maghrib dan Isyak. Saya juga tahu bahawa jika kamu meminta izin untuk solat, pasti akan diberikan. Demikian juga terhadap pegawai-pegawai atasan, mereka juga mempunyai petunjuk sedemikian untuk orang bawahan. Jadi, orang yang sengaja meninggalkan solat adalah disebabkan kelemahan rohani mereka sendiri. Jangan menzalimi atau melampaui hak-hak Allah dan hak-hak hamba”. (Malfoozaat Jilid 1, halaman 175)
MENGKHIDMATI IBU
Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Keadaan pertama kebaikan seorang insan ialah memuliakan ibu. Rasulullah s.a.w selalu berkata mengenai Uwais Qarni dengan menghadap ke Yaman iaitu ‘aku selalu terhidu bau wangi dari arah Yaman’. Baginda s.a.w selalu mengatakan bahawa Uwais Qarni sibuk dalam mengkhidmati ibunya, sebab itulah dia tidak ada kesempatan untuk berjumpa dengan saya”. (Malfoozaat Jilid 1, halaman 195)
PARDAH DALAM ISLAM
Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-

“Islami pardah tidaklah bermaksud wanita meletakkan dirinya ibarat berada dalam penjara. Maksud Al-Qur’an ialah supaya wanita itu menutup dirinya. Jangan melihat kepada lelaki bukan muhrim. Wanita yang hendak keluar dari rumah dengan suatu tujuan yang baik, mereka tidak dihalang, tetapi hendaklah mengamalkan sistem pardah. Wanita tidak dihalang dalam melakukan suatu kebaikan. Islam tidak pernah mengajarkan agar wanita dipasangkan rantai, malah Islam telah mengamalkan dasar persamaan taraf. Cuba lihat di Eropah, orang mengatakan zina begitu berleluasa ibarat anjing jantan dan betina. Arak pula begitu banyak sehingga kedai arak berderet sejauh tiga batu. Jadi, mengkritik Islam adalah satu kezaliman, Islam datang untuk mengajarkan taqwa”. (Malfoozaat Jilid 1, halaman 297-298)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *