Uncategorized

Nasihat Tentang Takwa

Huzur berkata: Nasihat yang saya rasa perlu untuk anggota jemaatku ialah tentang ketakwaan. Ini kerana, menurut orang-orang yang berakal, Tuhan tidak suka kepada benda-benda selain ketakwaan. Allah Ta’ala berfirman: INNAL LAAHA MA’AL LAZIINAT TAQAU WAL LAZIINA HUM MUHSINUUN (An-Nahal:129).
Jemaat kita benar-benar memerlukan ketakwaan, terutama sekali dengan fikiran bahawa dia harus berhubungan dengan orang yang mendakwakan diri sebagai utusan dan bai’at dalam jemaatnya, supaya orang-orang yang menderita penyakit benci, dengki, dan syirik, atau terlalu cenderung ke arah dunia, semuanya mendapat keselamatan dari musibah ini.  
Tuan semua tahu bahawa jika ada yang jatuh sakit, sama ada penyakit ringan atau berat, jika penyakit itu tidak dirawat, atau tidak bersusah payah dalam mengubatinya, penyakit itu tidak akan sembuh. Satu bintik hitam yang muncul di muka melahirkan kerisauan yang begitu besar, jangan-jangan bintik hitam ini akan merebak dan menghitamkan seluruh wajah. Begitu juga dengan maksiat, ia adalah bintik hitam di atas hati. Saghair akan menjadi kabair melalui kemalasan. Saghair adalah bintik hitam yang kecil yang boleh berkembang sehingga menghitamkan seluruh wajah.

Tuhan itu RAHIIM dan KARIIM, Dia juga KAHHAAR dan MUNTAQIM. Dia melihat satu jemaat di mana banyak kata-kata yang hebat sedangkan amalan mereka tidak seperti yang mereka ucapkan. Jadi, untuk menghukum jemaat seperti itu, orang-orang kuffar yang akan muncul. Mereka yang belajar Sejarah akan dapat mengetahui bahawa telah beberapa kali orang Islam tewas di tangan orang kafir. Misalnya Cangghez Khan dan Hulaku Khan telah menghancurkan orang-orang Islam, padahal Allah berjanji akan membantu dan menolong orang Islam. Namun, orang Islam tetap kalah. Peristiwa seperti ini kadangkala terjadi. Asasnya ialah apabila Allah Ta’ala melihat bahawa LAA ILAAHA ILLALLAAHU dilaungkan, tetapi hati mereka ke arah lain, perbuatannya pula memperlihatkan kecenderungan ke arah dunia, maka Dia akan memperlihatkan sifat Kahhar-Nya.”

(Hazrat Masih Mau’ud a.s, Malfoozaat Jilid 1, halaman 7)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *