• Uncategorized

    Khulasah Khutbah Khalifah – 23 Mac 2018

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Khulasah Khutbah Jumaat HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD Hazrat Khalifatul Maseeh al-Khamisatba 23-03-2018 (Masjid Baitul Futuh London) <<<<<<<<<<>>>>>>>>>>  Setelah membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, antara lain Huzur berkata:- Hari ini adalah 23 Mac bersamaan dengan Yaume Maseeh Mau’ud. Jemaat-jemaat di serata dunia akan mengadakan program sempena hari ini. Hari ini juga saya akan sampaikan beberapa sabda Hazrat Maseeh Mau’udas tentang tujuan kedatangan Maseeh Mau’ud, keperluan dan kedudukannya. Selepas pendakwaan beliau, ulama-ulama Islam berusaha sedaya upaya untuk menghalang beliau sehinggalah sekarang, namun Allah Ta’ala sentiasa memberi dukungan kepada Jemaat Hazrat Maseeh Mau’udas ini. Sesuai dengan janji Allah Ta’ala, Hazrat Maseeh Mau’udas mengumumkan:- “Akulah Maseeh yang dijanjikan ……

  • Uncategorized

    Khulasah Khutbah Khalifah – 16 Mac 2018

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Khulasah Khutbah Jumaat HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD Hazrat Khalifatul Maseeh al-Khamisatba 16-03-2018 (Masjid Baitul Futuh London) <<<<<<<<<<>>>>>>>>>>  Setelah membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, antara lain Huzur berkata:- Hazrat Maseeh Mau’udas dalam satu kesempatan menerangkan tentang kedudukan para sahabat Rasulullahsaw, beliau berkata: “Para sahabat yang mulia merupakan bukti tentang sirat Rasulullahsaw. Orang yang mensia-siakan bukti-bukti ini seolah-olah mereka mahu mensia-siakan nubuat Rasulullahsaw. Orang yang dapat menghargai Rasulullahsawdengan cara yang sebenar ialah mereka yang menghargai para sahabat. Orang yang tidak menghargai para sahabat maka sudah tentu mereka tidak menghargai Rasulullahsaw. Pendakwaan mereka itu dusta jika mengatakan cinta Rasulullahsaw, sebab tidak mungkin boleh terjadi bahawa cinta kepada Rasulullahsawtetapi…

  • Uncategorized

    Khulasah Khutbah Khalifah – 09 Mac 2018

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Khulasah Khutbah Jumaat HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD Hazrat Khalifatul Maseeh al-Khamisatba 09-03-2018 (Masjid Baitul Futuh London) <<<<<<<<<<>>>>>>>>>>  Setelah membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Antara lain Huzur berkata:- Hazrat Maseeh Mau’udas menceritakan tentang pengorbanan para sahabat Rasulullahsaw, kedudukan mereka dan nikmat-nikmat yang telah diberikan oleh Allah Ta’ala. Hazrat Abu Bakar telah menyerahkan segala hartanya pada jalan Allah Ta’ala. Namun, Allah Ta’ala telah menjadikannya sebagai penguasa Arab, Islam kembali dihidupkan dalam siri yang baru dan telah menguasai Arab yang murtad. Semangat yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullahsaw tidak diperolehi misalnya dalam kehidupan para nabi-nabi sebelumnya. Selagi manusia menuju kepada Tuhan tanpa meninggalkan keinginan-keinginan duniawi, mereka tidak akan…

  • Uncategorized

    Khulasah Khutbah Khalifah – 02 Mac 2018

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Khulasah Khutbah Jumaat HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD Hazrat Khalifatul Maseeh al-Khamisatba 02-03-2018 (Masjid Baitul Futuh London) <<<<<<<<<<>>>>>>>>>>  Setelah membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Antara lain Huzur berkata:- Dalam Islam, menzahirkan akhlak yang baik dalam setiap peringkat, dengan orang di dalam lingkungan dan di luar lingkungan adalah satu tuntutan. Tidak ada satu pun sekecil-kecil perkara dalam soal akhlak yang tidak dijelaskan dalam ajaran Islam. Tidak ada agama yang dapat menandingi pelajaran Islam dalam soal akhlak. Namun, apa yang sangat menyedihkan ialah orang Islam yang seharusnya menjadi contoh dalam penzahiran akhlak yang cantik ini, sebaliknya telah memberikan gambaran yang sangat buruk di mata orang ramai. Ini kerana…

  • Uncategorized

    Khulasah Khutbah Khalifah – 23 Februari 2018

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Khulasah Khutbah Jumaat HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD Hazrat Khalifatul Maseeh al-Khamisatba 23-02-2018 (Masjid Baitul Futuh London) <<<<<<<<<<>>>>>>>>>>  Setelah membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Huzur berkata:- Dalam beberapa hari ini, jemaat-jemaat di pelbagai tempat menyambut acara Yaume Muslih Mau’ud. Tarikh 20 Februari merupakan tarikh di mana Hazrat Maseeh Mau’udasmendapat khabar daripada Allah Ta’ala berkenaan dengan kelahiran seorang putera yang dijanjikan. Khabar ghaib itu dimuatkan dalam Isytihar 20 Februari 1886. Sebenarnya acara Yaume Muslih Mau’ud ini disambut adalah kerana penyempurnaan khabar ghaib yang telah diterima oleh Hazrat Maseeh Mau’udas. Dan bukan kerana hari kelahiran beliau. Kerana ramai anak-anak muda yang bertanya kenapa tidak membuat sambutan kepada khalifah-khalifah…

  • Uncategorized

    Khulasah Khutbah Khalifah – 16 Februari 2018

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Khulasah Khutbah Jumaat HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD Hazrat Khalifatul Maseeh al-Khamisatba 16-02-2018 (Masjid Baitul Futuh London) <<<<<<<<<<>>>>>>>>>>  Setelah membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Huzur berkata:- Seorang mukmin yang mendakwakan diri beriman kepada Allah hendaklah sentiasa merenungkan bahawa Allah Ta’ala memerintakan manusia untuk beribadat sebagaimana firman-Nya Wamaa Kholaqtal Jinna Wal Insa Illaa Liya’buduun, yakni Kami telah menjadikan jin dan manusia untuk beribadat. Kemudian Allah Ta’ala juga mengajarkan bagaimana cara beribadat yang mana di dalamnya ada penzahiran gerakan-gerakan dan juga bacaan doa-doa (zikir). Dalam solat, kedua-dua perkara ini ada. Namun, hendaklah ingat bahawa selain daripada solat, mengingati Allah dalam kesempatan yang lain juga adalah tanggungjawab seorang mukmin.…

  • Uncategorized

    Khulasah Khutbah Khalifah – 09 Februari 2018

    Khulasah Khutbah Jumaat HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD Hazrat Khalifatul Maseeh al-Khamisatba 09-02-2018 (Masjid Baitul Futuh London) <<<<<<<<<<>>>>>>>>>>  Setelah membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Huzur berkata:- Riwayat daripada Hazrat Aisyahra bahawa apabila jenazah seorang mukmin disolatkan oleh 100 orang mukmin dan memohon keampunan ke atasnya, maka dia akan diampunkan. Hari ini saya akan memimpin dua solat jenazah. Pada dasarnya saya hendak menyampaikan dari sudut Fiqah perihal jenazah, tetapi untuk menyampaikannya dari hadis-hadis adalah tidak mungkin pada hari ini kerana kisah-kisah berkenaan dengan pengkhidmat jemaat ini sangat banyak yang datangnya dari keturunan Hazrat Maseeh Mau’udas, Wakfe Zindegi dan beberapa anggota jemaat yang dipercayai. Sebagaimana semua tahu bahawa Sahibzada Mirza Ghulam Ahmad…

  • islahdeen zakat
    Uncategorized

    Zakat

    Allah Ta’ala berfirman di dalam Surah At-Taubah ayat 103 yang terjemahannya: “Ambillah sedekah dari harta mereka agar engkau dapat membersihkan mereka dan mensucikan mereka dengannya. Dan berdoalah untuk mereka; sesungguhnya doa engkau adalah sumber ketenteraman bagi mereka. Dan, Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui”. Rasulullahsawbersabda:- “Orang yang telah diberikan oleh Allah Ta’ala harta kemudian tidak membayar Zakat, maka pada hari kiamat hartanya akan membentuk ular yang sangat berbisa yang akan menjadi belenggu pada lehernya. Kemudian ular itu akan menangkapnya dengan taring dan berkata: akulah hartamu, akulah simpananmu”. (Bukhari Kitabuz Zakat) Hazrat Imam Mahdi, Hazrat Maseeh Mau’udas berkata:- “Zakat itu muncul dari kata tazkiyah. Sucikan harta kamu dan daripadanya berikan Zakat.…

  • Uncategorized

    Apa kata seorang bukan Ahmadi

    *Kesaksian Ghair Ahmadi tentang Potensi Kekuatan Ahmadiyah* Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=ETxe35ADw48  larry king statement in comment section Saya bukan seorang Ahmadi, tapi saya ingin menyajika teori pribadi saya, sebagian didasarkan pada intuisi dan sebagian berdasar apa yang saya yakini sebagai geo-politik yang nampak nyata. Sebelum saya menggambarkan terori saya, sedikit saya sampaikan latar belakang. Runtuhnya Kekaisaran Ottoman menandai titik kemunduran Islam, dan sebaliknya kemajuan Eropa yang sebelumnya tidur. Bagi Eropa, jatuhnya Kekaisaran Ottoman, mewakili mundurnya kekuasaan Islam, dan tentu saja saya berbicra dari sisi geo politik, bukan rohani ataupun kekuasaan agama. Salah satu alasan utama runtuhnya Ottoman adalah karena merosotnya kekuatan otoritas sentral. Mereka mengalami banyak kekalahan dikarenakan kepemimpinan sentral yang sangat…

  • Uncategorized

    Solat – Mencegah Keburukan

    Allah Ta’ala berfirman di dalam Al-Quran:- WA AQIIMUS SHOLAATA (An-Nuur:57) “Dan dirikanlah solat”. Rasulullahsawbersabda bahawa “solat itu adalah inti daripada ibadah”. (Sunan Tarmizi, Kitabud Da’wat) Hazrat Maseeh Mau’udas berkata:- “Salah satu ciri agung seorang muttaqi ialah WA YUQIIMUUNAS SHOLAATA (Al-Baqarah:4) yakni ‘dan mereka mendirikan solat’. Di dalam ayat ini digunakan perkataan ‘mendirikan’. Dan ini juga mengisyaratkan kepada kesulitan yang menjadi tanda agung seorang mukmin, yakni apabila dia mula mendirikan solat maka banyak gangguan yang dihadapinya yang menjadi dasar kejatuhan solat yang dia dirikan. Apabila dia mengucapkan Allaahu Akbar, maka akan muncul gangguan dalam hatinya. Gangguan itu membawanya ke mana-mana sehingga menjadi punca kerisauan. Setiap saat dia berusaha menjadikan hatinya hadir…