• Uncategorized

    Didikan dan Tarbiyat Anak

    Dalam surah al-Mukmin para Malaikat mendoakan orang-orang mukmin: “Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh di antara bapak-bapak mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al-Mukmin:8) Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda:- “Tidak ada hadiah yang lebih bernilai dari tarbiyat yang terbaik yang datang daripada seorang bapa terhadap anaknya.” (Tarmizi) “Hormatilah anak-anakmu dan perbaiki akhlak dan adab mereka.” (Ibnu Majah) Semua ibu bapa menginginkan anak keturunan, tetapi tidak semua ibu bapa memberikan perhatian terhadap tarbiyat yang terbaik untuk anak-anak. Ada juga yang tidak berdoa untuk anak-anak mereka. Sepatutnya mereka berdoa…

  • Uncategorized

    Hukum Perayaan Maulid Nabi

    Fadhilatus Syeikh al-Allamah Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah ditanya tentang hukum merayakan Maulid Nabi sallallaahu alaihi wasallam, maka beliau rahimahullah menjawab sebagai berikut: Segala pujia hanyalah milik Allah semata Rabb semesta alam. Shalawat dan salam semoga terlimpah atas Nabi kita Muhammad sallallaahu alaihi wasallam, atas keluarga beliau dan sabahat-sahabat beliau serta orang-orang yang mengikuti beliau dengan baik sampai hari kemudian kelak, wa ba’du: Merayakan Maulid Nabi sallallaahu alaihi wasallam tidak pernah terjadi di kalangan umat Islam, perayaan ini baru muncul pada abad keempat hijriyah. Perayaan Maulid ini tidak dikenal pada masa Sahabat, para tabiín dan tabi’ tabiín. Perayaan Maulid Nabi memerlukan dua argumentasi. Pertama: Penetapannya, iaitu penetapan Maulid Nabi dari…

  • Uncategorized

    Media Sosial dan Kesannya

    Di dalam Al-Quran ada dinyatakan bahawa syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. Dan di dalam Hadis juga ada menyebutkan bahawa godaan syaitan itu boleh menyebabkan manusia melakukan kejahatan. Syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dan menjadikan amalan manusia itu menjurus kepada kerosakan, malah dalam amalan kebaikan pun syaitan akan berusaha meletakkan sesuatu sehingga kebaikan itu bertukar menjadi kejahatan. Sebenarnya syaitan adalah musuh manusia sejak dari dahulu lagi. Syaitan hendak memusnahkan manusia secara sembunyi-sembunyi. Pada syaitan, yang paling baik ialah dapat menyesatkan manusia. Sebab itu mereka berusaha sedaya upaya ke arah tersebut sehingga manusia benar-benar jauh daripada syurga. Memang syaitan akan bertempiaran lari apabila ada manusia membaca LAA HAULA … …

  • Uncategorized

    Khulasah Khutbah 29 Julai 2016

    Khulasah Khutbah Jumaat HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD KHALIFATUL MASEEH AL-KHAMIS Aiyadahul Laahu Ta’ala Binasrihil Aziz 29 Julai 2016, Masjid Baitul Futuh London Keadaan dunia sekarang ini sangat laju menuju kehancuran. Malang sekali ia telah menyebabkan berpecah kepada berapa kelompok. Pemimpin-pemimpin Islam juga tidak menyedari bahawa mereka sedang diperangkap oleh musuh-musuh Islam. Dan orang yang mementingkan keuntungan mengambil peluang ini. Sebabnya ialah kerajaan tidak member perhatian kepada rakyat malah cenderung untuk mengaut keuntungan peribadi. Tidak ada semangat untuk bersabar dan tindakan daripada kerajaan juga berunsur kezaliman. Jika kezaliman ini berterusan maka tindak balas akan terjadi yang mana akan menggunakan kekuatan yang besar. Akal fikiran menuntut supaya berfikir dengan mendalam sebelum melakukan…

  • Uncategorized

    Khulasah Khutbah 22 Julai 2016

    Khulasah Khutbah Jumaat HAZRAT MIRZA MASROOR AHMADKHALIFATUL MASEEH AL-KHAMIS Aiyadahul Laahu Ta’ala Binasrihil Aziz 22 Julai 2016, Masjid Baitul Futuh London Berkenaan dengan kebiasaan Hazrat Maseeh mau’ud alaihissalam dalam memastikan kesihatan tubuh badan yang berkekalan, Hazrat Muslih Mau’ud berkata:- “Beliau tidak malas malah sangat bekerja keras, walaupun selalu menyendiri beliau tetap disiplin. Kebanyakan perjalanan beliau dilakukan dengan berjalan kaki. Sangat kurang menaiki tunggangan. Kebiasaan ini berterusan sehingga usia beliau lanjut. Setiap hari beliau berjalan sejauh empat hingga tujuh batu.” Berkaitan dengan ini, Huzur menasihatkan kepada Wakfe Zindegi terutama sekali para muballigh supaya menjadilkan tubuh badan yang kekal sihat dan tegap dengan banyak melakukan senaman. Melihat kepada tubuh badan seorang muballigh…

  • Uncategorized

    Jum’atul Wida’

    Terjemahan Surah Al-Jum’ah ayat 10: ““Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi untuk mengingati AllahTa’ala dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu); yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda:- “Untuk menghindarkan diri daripada dosa-dosa besar, solat lima waktu, dari satu Jumaat sehingga Jumaat berikutnya dan dari satu Ramadhan sehingga Ramadhan berikutnya menjadi kaffarah baginya”. (Sahih Muslim Kitabut Taharah, Baab Assalatul Khams) Berkenaan dengan Jum’atul Wida, Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam pernah menjawab satu persoalan dengan berkata:- “Solat yang telah tertinggal tidak boleh digantikan semula, tetapi puasa boleh. Orang yang sengaja meninggalkan solat sepanjang tahun dengan harapan akan…

  • islahdeen solat
    Uncategorized

    Solat Mencegah Perbuatan Keji & Mungkar

    Sesungguhnya solat boleh mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. (Al-Ankabut:46)   Rasulullah saw bersabda: “Dapatkah kamu bayangkan sekiranya di hadapan pintu rumah seseorang ada sungai mengalir dan dia mandi di dalam sungai itu lima kali sehari, adakah masih kotoran melekat pada badannya? Para sahabat berkata: Tidak ada lagi kotoranya ya Rasulullah!. Baginda saw bersabda: Inilah permisalan solat lima waktu. Ia menjadi sarana dosanya dimaafkan oleh Allah dan kelemahan-kelemahannya dijauhkan. (Bukhari Kitabul Mawaqiitus Sholaat, Baabus Sholaatul Khams Kaffarah Lil Khata) Hazrat Maseeh Mau’ud as berkata:- Letakkan kecintaan dan keagungan Allah Ta’ala dalam hati kamu, dan untuk itu tidak ada cara yang lebih baik selain daripada solat. Ini kerana puasa hanya datang…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 20

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda:- “Ada dua perkara yang perlu bagi seorang insan iaitu menghindari keburukan dan berlari menuju kebaikan. Dan kebaikan ada dua sudut. Pertama ialah meninggalkan keburukan dan yang kedua meningkat dalam kebaikan. Dengan hanya meninggalkan keburukan tidak menjamin seseorang menjadi sempurna selagi tidak ada usaha untuk meningkatkan kebaikan, yakni berusaha memberi kebaikan-kebaikan kepada orang lain. Dengan itu dapat diketahui sejauh mana perubahan yang dibuat, dan tahap ini hanya dapat dicapai sekiranya ada keimanan dan pengetahuan dalam sifat-sifat Allah. Selagi hal ini belum ada, maka insan tidak boleh selamat dari keburukan. Memberikan faedah kepada orang lain satu perkara yang sangat besar. Kuasa raja dan undang-undang tentera India juga…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 19

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda:- “Nabi-nabi dan rasul-rasul yang telah mendapat kedudukan tinggi, mereka bukanlah mendapatkan kedudukan tersebut dengan begitu mudah dan senang, malah mereka diuji dengan pelbagai situasi yang sangat berat, dan hanya melalui kesabaran sahaja ia dapat dilalui sehingga Allah Ta’ala memberikan mereka darjat yang tinggi. Cuba lihat Nabi Ibrahim, berapa besar ujian yang beliau terima. Beliau memegang pisau di tangan untuk mengorbankan anaknya. Beliau sudah meletakkan pisau di leher anaknya tetapi di hadapannya adalah kambing. Ibrahim telah lulus dalam ujian itu. Tuhan juga telah menyelamatkan anaknya. Tuhan sangat gembira atas perlakuan Ibrahim. Semua ini kurnia Allah Ta’ala bahawa anak itu selamat. Jika tidak, Ibrahim memang hendak menyembelih…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 18

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda:- “Ingatlah dengan sebaik-baiknya, jika laknat Tuhan tidak bersama-sama dengan laknat manusia, maka ia tidak memberi apa-apa kesan. Jika Tuhan tidak berkehendak untuk menghapuskan kita, maka kita tidak akan dapat dihapuskan oleh sesiapa. Tetapi, jika Tuhan yang menjadi musuh bagi kita, maka tidak ada sesiapa yang boleh memberi perlindungan kepada kita. Bagaimana kita boleh menjadikan Allah Ta’ala redha dan bagaimana Allah boleh bersama-sama dengan kita? Dalam perkara ini, saya berkali-kali mendapat jawapan bahawa segala-galanya adalah melalui TAQWA. Jadi, wahai saudara-saudaraku! Berusahalah untuk menjadi orang bertakwa. Tanpa amalan, semua ucapan tidak menggambarkan apa-apa, dan tanpa keikhlasan pula tidak ada amalan yang diterima. Jadi, takwa itu ialah menghindari…