• Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 16

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihis salam bersabda:- “Atas hamba yang lemah ini dizahirkan dalam sebuah rukya tentang makna matahari terbit dari sebelah Barat, iaitu negara-negara Barat yang sejak dahulu lagi hidup dalam kegelapan, kekafiran dan kesesatan, mereka akan disinari dengan cahaya kebenaran dan mereka akan mendapat bahagian daripada Islam. Dan saya telah melihat bahawa saya berdiri di atas mimbar di sebuah bandar London dan dalam bahasa Inggeris saya menyampaikan ceramah tentang kebenaran Islam dengan penuh semangat. Selepas itu saya banyak menangkap burung-burung yang duduk di atas pepohonan, dan warna mereka ialah putih, mungkin sama seperti merpati. Jadi, saya memberikan ta’birnya bahawa jika bukan saya, pasti tulisan-tulisan saya yang akan sampai kepada…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 17

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda:- “Nasihat untuk saudara-saudara yang masuk bai’at dalam jemaat ini, Wahai saudara-saudaraku yang masuk bai’at dalam jemaatku! Semoga Tuhan memberi taufik kepada saya dan kamu akan semua perkara yang Dia redhai. Hari ini kamu masih sedikit dan dipandang hina, dan ada juga musibat yang menimpa kamu sesuai dengan sunnatullah sejak dahulu lagi. Mungkin ada usaha dari setiap penjuru untuk menghapuskan dan menghinakan kamu. Dan banyak ucapan-ucapan yang terpaksa kamu dengari. Dan semua mereka yang menyusahkan kamu sama ada dengan lidah atau tangan, mereka beranggapan telah menolong Islam. Dan kamu juga akan menghadapi musibat dari langit supaya kamu diuji dari pelbagai sudut. Jadi, dengarkanlah waktu ini bahawa…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 15

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda:- Semua mazhab (agama) yang tidak dapat mempersembahkan sarana keyakinan adalah mazhab palsu. Semua agama yang tidak dapat memperlihatkan Tuhan melalui keyakinan adalah agama palsu. Semua agama yang hanya mengajarkan kisah-kisah dongeng dan hikayat-hikayat lama juga adalah palsu. Sekarang ini Tuhan tetap sama seperti dahulu. Sekarang pun Kudrat-Nya masih tetap berlaku sama seperti dahulu. Sebagaimana dahulu Dia berkuasa memperlihatkan tanda-tanda, sekarang pun tetap memperlihatkan tanda-tanda-Nya. Oleh karena itu, mengapakah kamu merasa gembira atau puas hati hanya dengan mendengar kisah-kisah sahaja? Agama itu adalah agama yang sudah rosak jika mukjizatnya tinggal kisah-kisah sahaja, khabar ghaibnya juga tinggal kisah semata-mata. Suatu jemaat dianggap sudah rosak sekiranya Tuhan tidak…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 13

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda:- Wahai hamba pencari Tuhan! Bukalah telinga dan dengarkanlah bahawa sesungguhnya keyakinan itu adalah sesuatu yang luar biasa. Keyakinan boleh melepaskan kamu dari cengkaman dosa. Keyakinan itu boleh memberikan kekuatan untuk melakukan kebaikan. Keyakinan itu boleh menjadikan kamu seorang asyik yang sejati kepada Tuhan. Adakah kamu boleh terselamat dari dosa tanpa keyakinan? Adakah kamu dapat mengawal hawa nafsu tanpa penzahiran keyakinan? Adakah kamu dapat memperolehi suatu ketenteraman tanpa keyakinan? Adakah kamu dapat membuat perubahan yang sejati dalam diri kamu tanpa keyakinan? Dapatkah kamu memperoleh suatu kebahagiaan yang hakiki tanpa keyakinan? Adakah di bawah langit ini suatu kaffarah (penebusan) atau bayaran fidyah yang dapat menghindarkan kamu dari…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 14

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihis salam bersabda:- “Sesiapa yang diletakkan oleh Allah dalam kesusahan di dunia ini dan juga mereka yang menanggung kesusahan untuk Allah Ta’ala, maka mereka akan mendapat ganjaran daripada Allah Ta’ala di akhirat. Dunia ini adalah tempat mengembara, bukannya tempat menetap. Jika ada seseorang mengumpul segala sarana untuk bergembira, itu bukanlah kegembiraan sebenar. Semua kesenangan dan kesulitan akan berlalu, selepas itu akan menuju satu tempat yang kekal abadi. Orang yang dalam kehidupan sementara ini melihat suatu kekurangan dalam penciptaan insan lalu menganggapnya itu adalah hasil dosa-dosa dan perbuatan dalam kehidupan yang lepas, mereka sebenarnya melakukan kesilapan. Tidakkah mereka tahu bahawa kehidupan akhirat adalah satu kehidupan yang agung? Kepada…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 12

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda:- Jika kamu benar-benar menjadi kepunyaan Tuhan, maka yakinlah bahwa Tuhan menjadi kepunyaan kamu sendiri. Ketika kamu sedang tidur, Tuhan akan berjaga untuk kamu. Ketika kamu leka terhadap musuh, Tuhan akan memperhatikan mereka dan mematahkan segala rencananya. Kamu sampai sekarang tidak sepenuhnya mengetahui kudrat-kudrat yang Tuhan miliki. Sekiranya kamu tahu, sudah tentu tidak ada hari berlalu yang menjadikan kamu bersedih hati untuk dunia. Seseorang yang memiliki sejumlah kekayaan, adakah dia akan menangis hanya kerana kehilangan satu sen sehingga meratapinya seolah-olah mengalami satu kerugian yang sangat besar? Kalau kamu menyedari bahawa Tuhan akan mencukupkan setiap keinginan kamu, mengapakah kamu begitu tenggelam dalam urusan duniawi? Tuhan adalah satu…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 10

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihis salam bersabda:- “Dalam Wujud Tuhan kami, tidak terkira banyaknya keajaiban-keajaiban yang ada, tetapi yang dapat melihatnya hanya mereka yang menjadi milik-Nya dengan benar dan suci. Namun, bagi orang lain yang tidak beriman kepada kudrat-Nya, dan tidak jujur dan setia dalam keimanannya, Dia tidak menzahirkan keajaiban-keajaiban itu. Sunguh malang sekali insan yang sehingga sekarang tidak mengetahui bahawa dia mempunyai satu Tuhan yang berkuasa atas segala sesuatu! Syurga kita adalah Tuhan kita, kelazatan kita yang paling tinggi terletak dalam diri Tuhan kerana kita telah melihat-Nya, dan segala keindahan terdapat pada Wujud-Nya. Harta ini patut dimiliki walau pun harus dengan mempertaruhkan jiwa, dan permata ini patut dibeli sekali pun…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 11

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihis salam bersabda:- “Wahai sekalian manusia yang dipanggil kepada kebaikan dan kebenaran, peganglah keyakinan itu dengan bersungguh-sungguh, bahawa tarikan terhadap Tuhan akan muncul dalam diri kamu dan kamu akan dibersihkan dari bintik kotoran dosa apabila hati kamu telah dipenuhi dengan keyakinan. Mungkin kamu akan berkata bahawa kamu sudah memiliki keyakinan itu. Jadi, ingatlah bahawa kamu sedang tertipu. Keyakinan sama sekali belum kamu miliki kerana kamu belum memperolehi apa yang sepatutnya. Puncanya ialah kamu tidak menghindarkan diri dari dosa. Kamu juga belum lagi melangkahkan kaki sebagaimana yang seharusnya. Kamu juga tidak takut sebagaimana yang seharusnya. Cubalah kamu fikirkan sendiri, orang yang merasa yakin bahawa di dalam sebuah lubang…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 9

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihis salam bersabda:- “Barangsiapa yang duduk dalam kumpulan para penentang dan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh mereka, dia bukan dari golongan Jemaatku. Setiap penzina, pendurhaka, pemabuk, pembunuh, pencuri, penjudi, pengkhianat, pemberi dan penerima rasuah, perampas, penganiaya, pendusta, pemalsu dan rakan subahat mereka, dan orang yang melemparkan tuduhan terhadap saudara lelaki dan perempuannya, yang tidak bertaubat dari perbuatan-perbuatan buruknya, yang tidak meninggalkan majlis-majlis yang merosakkan, mereka semua itu bukan dari golongan Jemaatku. Semua sifat itu adalah racun. Jika kamu memakan racun-racun itu, dengan cara apapun kamu tidak akan selamat. Cahaya dan kegelapan tidak dapat berkumpul bersama-sama pada satu tempat. Barangsiapa yang berwatak serong dan tidak jujur dalam…

  • Uncategorized

    Daras Rohani Khazain Nombor 8

    Hazrat Maseeh Mau’ud alaihis salam bersabda:- “Jangan merasa cukup dengan berkata “kami secara zahirnya telah bai’at”. Bai’at secara zahir itu belum memberi erti apa-apa. Tuhan melihat kepada hati kamu dan Dia akan menuntut kamu sesuai dengan keadaan hati kamu. Perhatikanlah, dengan mengatakan hal ini aku menunaikan kewajipan tabligh, bahwa dosa itu merupakan racun, janganlah memakan racun itu. Keingkaran terhadap Tuhan adalah suatu kematian yang kotor, maka hindarilah. Berdoalah agar kamu mendapat kekuatan. Barangsiapa yang ketika berdoa tidak meyakini bahawa Tuhan berkuasa atas segala sesuatu, sebaliknya menganggap Allah hanya sekadar berjanji, ia bukan dari golongan Jemaatku. Barangsiapa yang tidak meninggalkan dusta dan penipuan, dia bukan dari jemaatku. Barangsiapa yang terjerat dalam…