• Uncategorized

    Ringkasan Khutbah Huzur 06.02.2015

    Dalam khutbah kali ini, antara lain Huzur mengatakan:- Orang yang membaca buku-buku Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam terdapat berbagai niat. Ada yang membacanya hanya bertujuan untuk mencari suatu bahan yang boleh dikritik. Mereka tidak berusaha memahami apa yang ditulis. Orang yang seperti itu juga sanggup mencari suatu bahan kritikan walaupun terhadap Kalam Allah Ta’ala. Sebab itu Allah Ta’ala menyatakan dengan tegas bahawa Al-Quran itu adalah sebagai penawar untuk orang-orang yang beriman dan sumber petunjuk manakala bagi mereka yang melampaui batas, ia akan membawa mereka ke arah kerugian sehingga semakin jauh daripada Allah Ta’ala. Walaupun ia adalah Kalam Allah Ta’ala, ia tidak akan memberi manfaat sekiranya tidak dibaca dengan hati yang suci.…

  • Uncategorized

    Ringkasan Khutbah – 23 Januari 2015

    Dalam khutbah yang lepas Huzur telah menjelaskan tentang bagaimana semangat kecintaan Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam kepada Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam. Dengan memetik riwayat daripada Hazrat Muslih Mau’ud radhiallahu anhu beliau berkata; “Satu kali Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam berada di stesen Lahore atau Amritsar dan kebetulan di situ datang Pandit Lekhram lalu memberi salam kepada beliau. Namun, Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam tidak mempedulikannya sedikitpun. Beliau akhirnya berkata dengan penuh semangat kepada para sahabat; dia tidak ada perasaan malu kah? Dia menghina Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam lalu dia datang kepada saya untuk memberi salam.” Dari kisah ini kita dapat mengambil kesimpulan betapa tingginya penghormatan beliau ke atas Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam. Kemudian…

  • Uncategorized

    Ringkasan Khutbah – 19 Disember 2014

    Merujuk kepada serangan di Peshawar Pakistan di mana satu sekolah telah diserang dengan begitu buas dan ganas sehingga mengorbankan anak-anak yang maksum, Huzur dalam khutbahnya berkata:             “Kejadian ini satu contoh keganasan yang sangat buruk sehingga meremang bulu roma mendengarnya. Kejadian ini boleh menjadikan manusia merintih dan ketakutan. Orang yang memiliki perikemanusiaan yang sedikitpun menzahirkan kesedihan dan kekecewaan mereka.” “Kita sebagai Ahmadi yang memiliki perikemanusiaan yang tinggi, yang sentiasa bersedia setiap masa mengkhidmati kemanusiaan. Jika ada sahaja kejadian seperti ini berlaku, maka hati kita menjadi tidak tenteram. Kejadian ini telah memberi kesan kepada diri saya sepanjang hari dan berdoa kepada Allah Ta’ala agar membersihkan Negara ini dari orang zalim dan…

  • Uncategorized

    Ringkasan Khutbah – 16 Januari 2015

    Petikan-petikan dari khutbah Huzur:- Allah Ta’ala berfirman di dalam Al-Quran “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya bersalawat untuk nabi. Wahai orang-orang beriman, bersalawatlah untuknya dan sampaikanlah salam keselamatan kepadanya”. (Al-Ahzab:57) Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa Allah Ta’ala menurunkan begitu banyak berkat ke atas nabi-Nya. Para malaikat Tuhan juga berdoa untuknya dan memohon rahmat untuknya. Jika ini yang berlaku, sudah pasti segala usaha dan perancangan para musuh tidak akan berhasil memberikan kerugian ke atas nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam. Untuk mendapatkan hasil daripada matlamat pengutusan baginda, semuanya bergantung kepada kurnia Allah Ta’ala semata-mata. Penentang-penentang baginda tidak pernah berhasil sebelumnya dan tidak juga akan berhasil pada masa sekarang. Ini adalah keputusan daripada Allah…

  • Uncategorized

    KONFLIK ISRAEL-PALESTIN DARI SUDUT PANDANG KATOLIK

    Author: abgsedapmalam Time: 24-9-2014 11:12 AM Title: KONFLIK ISRAEL-PALESTIN DARI SUDUT PANDANG KATOLIK KONFLIK ISRAEL-PALESTIN DARI SUDUT PANDANG KATOLIKCalvin Ohsey Konflik antara Israel dan Palestin adalah satu konflik antarabangsa. Justeru itu ia perlu ditelusuri dengan dalam daripada pelbagai aspek agama, bangsa, geo-politik serta sejarah yang berusia beribu-ribu tahun. Jika dinilai daripada satu sudut, maka prejudis serta kebencian emosi akan menjadi-jadi. Malah di Malaysia, saya risau melihat kebencian umat Islam terhadap Israel lebih bersifat agama yang diluahkan secara sempit. Saya agak kurang bersetuju kerana gerakan keganasan yang berlaku di Israel didalangi oleh gerakan politik Zionis dan bukannya kesemua umat Yahudi. Jadi ianya tidak adil jika kesalahan itu diletakan pada sesuatu agama…

  • Uncategorized

    No God For Ahmadiyah

    A review of the Ahmadiyah case by Pauline Ting, forever intern of Pusat Rakyat LB. For months, the lawyers prepared the necessary papers; applicants were interviewed, most of them refugees from other countries.  These refugees came to Malaysia hoping that things will get better in a new country.  Malaysia, claiming to be a moderate Islamic country, seemed to be the best option for them.  Amongst them are nationals from India, Pakistan and Indonesia. This is a story of the Ahmadiyah community in Malaysia. Let’s go back to the start. In this case of Maqsood Ahmad and 38 Others v MAIS and Others, some of the applicants received refugee status from…

  • Uncategorized

    The persecution of Ahmadi Muslims must end

    Call yourself a Muslim—imprisonment for three years. Profess the Islamic creed—imprisonment for three years.The list goes on and on.That’s what life is like for Ahmadi Muslims in Pakistan, who are even sent to jail for worshipping in non-Ahmadi mosques or public prayer rooms, using the Islamic greeting in public, and publicly quoting from the Qur’an.The Ahmadiyya Muslim Community is a sect of Islam that believes in the Messiah, Mirza Ghulam Ahmad, to be the promised reformer sent from God for uniting all faiths. They are the fastest growing sect within Islam as their presence is in over 200 countries, and they number in the tens of millions.Ahmad was sent to…

  • Uncategorized

    Ringkasan Khutbah – 11 Julai 2014

    Saiyidina Hazrat Khalifatul Maseeh Al-Khamis telah memulakan khutbah Jumaat pada 11 Julai 2014 dengan menilawatkan ayat Al-Quran dari surah Al-Baqarah ayat 186. Selanjutnya Huzur berkata:- “Ayat yang ditilawatkan tadi dan dikaitkan dengan bulan Ramadhan memberitahu tentang hubungan berkat di antara Al-Quran dan bulan Ramadhan. Sebab itu, orang yang hendak meningkatkan keimanan, hendak menyebarkan Al-Quran di seluruh dunia, hendak mendapatkan qurub atau kedekatan kepada Allah dan hendak mendengar lafaz “FA INNII QORIIBUN”, maka mereka hendaklah menunaikan hak puasa dengan memahami sebenar-benarnya hubungan Ramadhan dan juga Al-Quran. Dan apa yang sebenarnya ialah, bersama-sama dengan puasa hendaklah membaca Al-Quran dan memahaminya. Dalam bulan Ramadhan, Al-Quran mula diturunkan. Malaikat Jibril setiap tahun akan turun…

  • Uncategorized

    Malfoozaat

    Dalil Kebenaran Jika kita menipu maka kita sendiri bermusuhan dengan Allah Ta’ala dan tidak ada suatu bayangan keselamatan pun untuk kita. Tetapi, jika urusan ini datangnya daripada Allah Ta’ala dan untuk musibah-musibah yang melanda umat Islam Allah Ta’ala sendiri telah menyediakan sarana, maka bagaimana Tuhan senang melihat jika ada yang memusuhi mereka. Amat malang sekali jika ada yang hendak memutuskannya. (Malfoozaat Jilid 5, halaman 25) Tauhid Hakiki Dapat Diperolehi Dengan Beriman Kepada Rasulullah Tauhid datangnya dari atas langit. Orang yang bermusuhan dengan Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam (seperti Dr Abdul Hakim Khan yang mengatakan bahawa beriman kepada Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam tidak perlu. Katanya Yahudi dan Nasrani telah mendapat keselamatan dengan…