• Uncategorized

    Siapa Itu Muslim? Jangan Mudah Menuduh Kafir

    Allah Ta’ala berfirman di dalam Al-Quran surah An-Nisa ayat 95 “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi berjihad di jalan Allah, maka selidikilah sebaik-baiknya dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang memberi salam kepadamu, ‘engkau bukan mukmin’. Satu arah Al-Quran mengajarkan seperti ini tetapi dalam arah yang lain ulama pula mengeluarkan fatwa kufur/kafir dan sebagainya. Cuba selidik dan renungkan dengan mendalam adakah ulama ini tidak melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan Al-Quran? Sejak bila pula ulama diberi kuasa untuk melabelkan seseorang yang memberi salam sebagai kafir? Selanjutnya Al-Quran menegaskan lagi perkara ini dalam surah Al-Hujurat ayat 15, “Orang-orang Arab gurun berkata, ‘kami telah beriman’. Katakanlah, ‘kamu belum beriman; akan tetapi…

  • Uncategorized

    Kebebasan agama bukan seperti pilih Coke, Pepsi

    http://www.malaysiakini.com/news/260365 http://www.youtube.com/watch?v=FMtvYYJybNo Forum kebebasan agama dan hak asasi manusia anjuran Pemuda PAS Lembah Pantai malam tadi berlangsung ‘panas’ apabila wakil NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berdepan dengan kritikan oleh penalis dan penonton yang menghadirinya. Walaupun tiada kekecohan tercetus, Timbalan Presiden ISMA Aminuddin Yahya diasak hebat dengan bidasan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa, celahan hadirin yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikannya serta soalan sinis penonton. Sebagai penalis yang pertama, Aminuddin menjelaskan Islam memberi dan mengiktiraf kebebasan dalam agama itu tetapi ia mesti terikat dengan prinsip maqasid syariah (tujuan-tujuan agama), iaitu menjaga agama, akal, keturunan, harta dan nyawa.  Katanya, ia berbeza dengan erti kebebasan yang diperkenalkan…

  • Uncategorized

    Jasa seorang Ahmadiyyah, Qadiani

    http://www.malaysiakini.com/columns/260175 Kelmarin seorang pelajarku bertanya begini, “Apakah jasa penguasa agama kepada umat Islam?” Soalan itu aneh sekali. Ia mungkin bertujuan memerangkap. Secara sinis aku membalas, “Jasa mereka besar. Mereka telah mengharamkan Ahmadiyyah dan menyelamatkan kita semua dari tenggelam dalam kesesatan.” Berkerut dahi pelajarku itu, dan bertanya sopan, “Ahmadiyyah pula?” Aku sahutkan dengan tawa dan aku menjelaskan, “Inilah jasa besar penguasa agama (dengan penekanan kepada kata besar), biar aku babarkan. Pada 1979, Abul A’la Maududi, pemuka Jamaat Islami yang menyaingi parti Liga Muslim yang mana Zafarullah Khan (kiri) pernah menjadi pengerusi parti tersebut pada tahun 1931 telah menerbitkan buku berjudul The Qadiani Problem. “Di dalam buku tersebut, Maududi mengisytiharkan penganut fahaman…

  • Uncategorized

    Press Release: Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor

    Press Release ini telah dihantar ke Jabatan Perdana Menteri, Kedutaan-kedutaan di Malaysia dan juga beberapa Akhbar di Malaysia. Moga ia bermanfaat kepada pembaca dan juga bertindak sebagai respon kepada mana-mana akhbar dan juga blog-blog yang turut menyiarkan berita berkenaan dengan ini.

  • Uncategorized

    Tak sempat Ikut-Persoalan Mazhab

        http://sabah.pas.org.my/2014/03/20/perbezaan-mazhab-menurut-perspektif-ahlul-sunnah-wal-jamaah/ Saya fikir beliau sudah buat kajian semula tentang Qadiani atau Ahmadiyah. rupanya masih sama seperti dahulu pemahaman beliau tentang perkara ini. Sedih. http://barahinahmadi.blogspot.com/2009/11/benarkah-qadiani-jahat.html

  • Uncategorized

    FACEBOOK – Adakah benar-benar diperlukan?

    Facebook telah menjadi satu obsesi antarabangsa. Kita mengatakan bahawa ia satu cara untuk “kekal berhubung” atau “bersosial dengan kawan-kawan”. Akan tetapi adakah ia benar-benar seperti itu?   Sekarang ini ia telah menjadi satu obsesi yang tidak sihat. Matlamat artikel ini adalah untuk menunjukkan bahawa anda TIDAK perlu kepada Facebook. Tanpa Facebook pun anda boleh berkembang maju! Sebagai platform rangkaian sosial yang dilancarkan secara rasmi pada tahun 2004, ia meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun ini dan hari ini, ia mempunyai lebih 901 juta pengguna di seluruh dunia. Tetapi apa yang menjadikan Facebook begitu popular, dan mengapa semakin ramai anak-anak muda mula menggunakannya ? Adakah ia kelihatan ‘cool’, atau adakah ia hanya…

  • Uncategorized

    Reformasi Ke Arah Kebaikan

    Saiyidina Hazrat Khalifatul Maseeh Al-Khamis atba telah menyampaikan khutbah pada 24 Januari 2014 di Baitul Futuh Morden London. Dalam menyambung khutbah minggu yang lepas, Huzur menyentuh tentang tiga perkara untuk membuat perubahan dalam amalan seorang insan iaitu memperkukuhkan Quwwat Iradi (Iradah yang Kuat), Memperkembangkan Quwwat Ilmi (Ilmu yang Cukup) dan menjauhkan Kelemahan Amalan. Dalam khutbah kali ini Huzur menjelaskan lebih lanjut supaya setiap Ahmadi berusaha mencari jalan atau panduan bagi melahirkan kebaikan yang maju. Ulama-ulama kita, para Murabbi kita, para pemimpin dan pemegang jawatan harus memberi nasihat setiap kali peluang yang ada dengan cara yang boleh mendatangkan perubahan suci di samping menekankan perkara-perkara yang telah dijelaskan. Selagi ulama-ulama kita, para…

  • Uncategorized

    Cipta Perubahan Suci Dalam Diri

    Pada 17 Januari 2014 bertempat di Baitul Futuh London, Huzur telah menyampaikan khutbah berkenaan dengan amalan perbaikan untuk manusia. Huzur berkata: Dalam usaha seseorang memperbaiki amalannya dan menjauhi halangan-halangan, adalah sangat perlu untuk memperkuatkan iradahnya, menjauhi kelemahan ilmu dan melahirkan kekuatan amalan. Kekuatan iradah selalu berubah di setiap tempat mengikut pengamalan. Persoalan yang timbul ialah apa yang dimaksudkan kekuatan iradah dalam urusan agama? Jelas pada kita bahawa kekuatan iradah dalam agama adalah iman. Dengan ini, kita tahu bahawa kekuatan amalan akan bertambah mengikut peningkatan dalam keimanan. Jika iman dan hubungan dengan Allah Ta’ala kuat, maka Allah Ta’ala selalu membantu dalam kesulitan dan insan dengan mudah akan dapat menguasai dan memperbaiki…

  • Uncategorized

    Kecintaan Imam Mahdi Kepada Rasulullah SAW

    CERAMAH JALSAH SIRATUN NABI (Al-Ahzab:57-58) Terjemahan ayat ini ialah “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang mukmin, ucapkanlah salawat untuknya dan mintalah selalu doa keselamatan baginya. Sesungguhnya, orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah mengutuk mereka di dunia dan di akhirat, dan Dia menyediakan bagi mereka azab yang menghinakan.” Dalam zaman ini Jemaat Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam sedang menghadapi tuduhan yang sangat berat iaitu menghina Rasulullah saw. Pendakwaan Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam sebagai seorang nabi ummati telah membangkitkan emosi umat Islam menentang beliau atas tuduhan menghina dan merendahkan Rasulullah saw. Namun, adakah memang seperti itu kedudukannya? Pada kali ini saya akan menyampaikan bagaimana Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam…

  • Uncategorized

    Aplikasi Ahmadiyah-Di Mana silapnya?

    Terjumpa lagi satu blog penyebar fitnah http://peribadirasulullah.wordpress.com/2012/12/02/al-quran-versi-qadyani-dan-ahmadiah-yang-salah/?relatedposts_exclude=23941     Kalau ikut tarikh posting ini ialah pada 2 Disember 2012. Waktu itu ini yang gambar ini yang disiarkannya. kemudian pada tarikh 15 Februari 2013, gambar berikut pula yang disiarkannya. http://peribadirasulullah.wordpress.com/2013/02/15/versi-baru-al-quran-telah-dikeluarkan-apple-app-store/ Blog ini pula kutip dari Imam Muda Hilal https://www.facebook.com/photo.php?fbid=466966083357181&set=a.227563027297489.66086.164171310303328&type=1&relevant_count=1