Tafsir Al-Quran

Tafsir Surah Al-Falaq

Aku baca dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang. Katakanlah, aku berlindung kepada Tuhan seluruh makhluk, dari kejahatan makhluk yang Dia ciptakan. Dan dari kejahatan yang menjadikan kegelapan ketika meliputi, dan dari kejahatan orang-orang yang meniupkan perpecahan pada simpulan-simpulan, ikatan persahabatan, dan dari kejahatan pendengki apabila ia mendengki. (Terjemahan surah Al-Falaq)

Katakanlah, aku berlindung kepada Tuhan dari kejahatan makhkuk-makhluk, dan juga dari malam yang begitu gelap-gelita, yakni kerosakan yang besar sama seperti malam yang gelap-gelita, dan untuk menerangi kembali zaman yang gelap-gelita itu, kekuatan dan pertolongan Ilahi sangat diperlukan kerana insan tidak mampu untuk keluar daripada kegelapan ini. (Barahin Ahmadiyah Bahagian Empat, Rohani Khazain Jilid 1 halaman 604, catatan dalam nota kaki nombor 3)

Surah Al-Falaq dan surah An-Naas adalah tafsir kepada surah Ikhlas dan surah Tabbat. Dan di dalamnya diterangkan tentang doa yang dipohon kepada Allah ketika kegelapan menyelubungi pada waktu Maseeh dari Allah disusahkan dan ketika kegelapan Kristian tersebar di seluruh dunia. (Tohfah Golerwia, Rohani Khazain, Jilid 17, halaman 218)

Ketika kamu melihat fitnah Kristian dan kamu menjadi sasaran musuh-musuh Maseeh Mau’ud, maka mohonlah doa kepada Allah “aku mohon perlindungan dari segala kejahatan makhluk yang terdiri daripada musuh dalaman atau luaran kepada Allah Ta’ala yang merupakan pemilik waktu subuh dan berkuasa menzahirkan cahaya terang. Dan aku juga memohon perlindungan Allah dari kejahatan malam yang gelap, kegelapan yang dilakukan oleh fitnah Kristian dan fitnah orang-orang yang menolak Maseeh Mau’ud”.

Inilah doa yang harus dipanjatkan. Ketika kegelapan semakin menyelubungi suasana, kita memohon perlindungan Tuhan dari kejahatan perwatakan wanita-wanita yang menggunakan kuasa azimat-azimat yang dijampi, yakni kesusahan dalam syariat Muhammad yang harus dipermudahkan, dan kesulitan serta kerumitan yang mana orang-orang jahil membuat kritikan atasnya, dan yang menjadi punca pendustaan terhadap agama, atas mereka itu banyak lagi tiupan-tiupan yang disebabkan oleh permusuhan, yakni dalam masalah-masalah Islam yang sangat halus serta kelihatan sulit, orang-orang jahat itu membuat satu kaedah penipuan sehingga ia menjadi bahan kritikan yang sangat rumit yang menjadikan orang ramai boleh tergelincir. Mereka juga mencipta falsafah dalam suatu urusan lalu menarik perhatian orang ke atas mereka.

Dan mereka ini ada dua golongan, satu daripadanya ialah para penentang dan musuh agama seperti paderi yang sentiasa mencari bahan untuk dikritik, dan golongan yang kedua ialah ulama-ulama Islam yang tidak mahu meninggalkan kesalahan mereka, serta meniupkan keinginan peribadi mereka sehingga agama fitrat yang sepatutnya mudah, akhirnya menjadi begitu sulit. Mereka juga memiliki perwatakan wanita yang mana tidak mahu berhadapan dengan mana-mana utusan Tuhan. Mereka hanya menukar-nukar kritikan supaya perkara sulit itu dapat diselesaikan dan kebanyakan perkara sulit mereka letakkan di bawah tanggungjawab pembaharu dari Tuhan.

Mereka itu mendustakan Al-Quran dan melakukan perkara yang bertentangan dengan kehendak Allah Ta’ala. Dan amalan mereka juga menzahirkan bahawa mereka membantu musuh-musuh yang menentang Al-Quran dan musuh-musuh yang sama akidah dengan mereka. Jadi, dengan cara inilah mereka ingin mempermudahkan kesulitan-kesulitan itu, sebab itu kita memohon perlindungan Allah dari kejahatan mereka, dan kita juga memohon perlindungan Allah dari kejahatan orang yang hasad kepada kita apabila mereka sudah memperlihatkan kebencian mereka. (Tohfah Golerwia, Rohani Khazain Jilid 17, halaman 220-221)

Penzahiran syaitan terakhir ialah dinamakan dajjal iaitu penzahiran yang sempurna baginya, di mana Al-Quran telah menyentuhnya dipermulaan lagi dan juga pada bahagian akhir, yakni firqah dhoolliin yang disentuh dalam surah Fatihah. Kemudian tiga surah terakhir Quran juga menyentuhnya iaitu surah Ikhlas, Falaq dan surah An-Naas. … dalam surah Falaq ia memberikan isyarat bahawa golongan ini sangat berbahaya buat Islam, dan melaluinya akhir zaman akan menghadapi zaman kegelapan, yang mana Islam berhadapan dengan kejahatan mereka. Perkara-perkara sulit dalam agama, mereka membuat tipu daya laksana penipuan golongan wanita, dan semua ini dibuat kerana rasa hasad dengki mereka sebagaimana apa yang dibuat oleh Qabil.

Bezanya cuma Qabil menumpahkan darah saudaranya ke muka bumi, tetapi mereka ini akan menumpahkan darah kebenaran atas sebab hasad dengki. Ringkasnya di dalam surah qul huwal laahu ahad menyatakan akidah mereka, dan dalam surah Falaq menjelaskan tentang perbuatan mereka yang akan muncul akibat kekuatan dan waktunya yang sudah tiba.

Jadi, kedua-dua surah ini memberitahu bahawa dalam surah Al-Ikhlas diterangkan tentang akidah kaum Nasara (Kristian) dan dalam surah Falaq pula dijelaskan tentang amalan mereka. Dan ia memberikan isyarat kegelapan yang amat sangat pada akhir zaman nanti, sedangkan golongan yang sudah tersesat ini akan muncul di akhir zaman dengan begitu meluas. Dengan kedua-dua surah ini kita dapat mengetahui tentang perkara yang akan berlaku. … dengan pernyataan qul a’uzubi rabbin naas bahawa ‘aku mohon perlindungan dari Tuhan yang telah menciptakan sekalian makhluk, di sini memberitahu bahawa Tuhan menghancurkan satu dan menciptakan yang lain, yakni selepas kegelapan, Dia juga menciptakan waktu pagi. Minsyarri maa kholaq, kita memohon perlindungan Allah dari kejahatan makhluk yang sangat jahat dari sekalian kejahatan-kejahatan, dan kejahatan mereka itu dari awal hingga akhir sama sahaja iaitu menentang akidah lam yalid walam yulad, yakni mereka meletakkan Tuhan mengambil anak laki-laki. (Tohfa Golerwia, Rohani Khazain Jilid 17, halaman 269-272, nota kaki)

Wamin syarri ghaasiqin izaa waqab, wamin syarrin naffaasaati fil uqad, wamin syarri haasidin izaa hasad. Dan kami mohon perlindungan Allah Ta’ala dari zaman ketika kegelapan ajaran Triniti dan kesyirikan semakin tersebar di seluruh dunia, dan juga kami mohon perlindungan Allah dari kejahatan yang ditiup-tiupkan, yakni dalam melakukan penipuan, mereka menggunakan perbuatan sihir dan memberikan kesusahan dalam landasan yang benar. Dan juga kami pohon perlindungan dari kejahatan orang yang hasad di mana mereka menutupi kebenaran semata-mata kerana hasad dengki mereka.

Semua perkara ini mengisyaratkan kepada paderi-paderi Kristian bahawa satu zaman akan tiba di mana mereka akan menyebarkan kejahatan dan memenuhi dunia ini dengan kegelapan, cara penipuan mereka laksana ahli sihir, mereka itu sangat hasad atau dengki, mereka memandang Islam itu dengan penuh rasa penghinaan. Lafaz rabbil falaq merujuk kepada keadaan kegelapan yang akan berubah menjadi terang atau siang. Dan ini berlaku pada zaman Maseeh Mau’ud. Dalam surah Ikhlas dan Falaq ini hanya menyentuh satu firqah sahaja, surah Ikhlas memberitahu tentang akidah firqah itu dan surah Falaq menyentuh tentang keadaan amalan firqah ini. Firqah ini dalam surah Falaq disebut dengan lafaz syarri maa kholaq yakni syarrul bariyya dan kalau kita teliti hadis-hadis, kita dapat mengetahui bahawa dajjal dikatakan sebagai syarrul bariyya kerana dari zaman Adam sehingga akhir zaman, tidak ada yang menandingi mereka dalam soal kejahatan. (Tohfa Golerwia, Rohani Khazain Jilid 17, halaman 269-272, nota kaki)

Ayat wamin syaari ghaasiqin izaa waqab dalam surah Falaq ini memperingatkan kepada kita tentang satu zaman yang penuh dengan kegelapan dan ungkapan qul a’uuzu birabbil falaq pula memberikan khabar gembira tentang kedatangan waktu Subuh selepas zaman kegelapan muncul. Dan untuk kita mencapai matlamat itu, di dalam surah An-Naas menyentuh tentang menghindari was-was dengan penuh kesabaran dan keteguhan. (Tohfa Golerwia, Rohani Khazain Jilid 17, halaman 285, nota kaki)

Berkaitan dengan dhoolliin ada tiga surah yang terakhir. Pokok pangkalnya adalah qul huwallah dan dua surah lagi adalah penjelasannya. … dalam surah Falaq mengajar tentang doa menghindari fitnah ini iaitu qul a’uuzu birabbil falaq yakni aku mohon perlindungan Tuhan dari kejahatan sekalian makhluk, iaitu rabbil falaq, yakni Pemilik waktu Subuh atau yang menzahirkan cahaya terang adalah kuasa-Nya.

Rabbil falaq memberitahu bahawa pada masa itu, fitnah dari Kristian dan takfir terhadap Maseeh Mau’ud, serta kegelapan fitnah penghinaan akan menyelubungi dunia. Kemudian ayat syarri ghaasiqin izaa waqab, yakni aku juga mohon perlindungan dari kejahatan kegelapan malam yang timbul dari fitnah Kristian dan fitnah mengingkari Maseeh Mau’ud. Kemudian dinyatakan lagi wamin syarrin naffaasaati fil uqad yakni aku juga mohon perlindungan dari kejahatan mereka yang ada ciri kewanitaan yang mendatangkan kesulitan pada agama sehingga orang jahil membuat kritikan dan juga ada yang tertipu oleh perbuatan mereka. Golongan seperti ini ada dua. Pertama ialah golongan paderi serta sekutunya, dan kedua ialah mullah atau ulama yang degil yang tidak mahu meninggalkan kesalahan mereka, dan disebabkan perbuatan mereka, agama yang bersih itu menjadi begitu rumit, dan mereka memiliki tabiat wanita iaitu tidak mahu berhadapan dengan utusan Tuhan. Jadi, kita mohon perlindungan dari kejahatan mereka semua ini, begitu juga kita mohon perlindungan dari orang-orang yang hasad apabila mereka berhasad. (Alhakam Jilid6, Nombor 8, Tarikh 28 Februari 1902, halaman 5)

Terdapat segelintir orang yang bergantung sepenuhnya kepada sesuatu selain Allah Ta’ala dan berkata “kalau bukan disebabkan orang ini, sudah tentu saya telah binasa, orang ini telah berbuat ihsan ke atas saya”. Mereka langsung tidak tahu bahawa semua ini pun sebenarnya datang dari Allah. Tuhan berfirman qul a’uuzu birabbil falaq bahawa aku memohon perlindungan dari Tuhan yang menjadi penjaga kepada semua. Rabb adalah penjaga sebenar, selain Dia, tidak ada kasih sayang dan penjagaan yang sebenar. Malah, kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya pun sebenarnya datang dari Tuhan, demikian juga keadilan yang dibuat oleh seorang raja ke atas rakyatnya adalah datang dari Tuhan.

Dari semua penjelasan ini Allah Ta’ala hendak memberitahu bahawa tidak ada wujud lain semisal dengan-Nya. Semua penjagaan adalah pekerjaan-Nya. Beberapa orang bergantung kepada raja sehingga berkata “kalau bukan dia, saya sudah binasa dan pekerjaan saya telah dipermudahkan oleh raja ini”, dan banyak lagi contoh lain seperti ini. Hendaklah ingat bahawa orang yang berkata seperti adalah kafir, insan hendaklah berusaha agar jangan menjadi kafir. Walaubagaimanapun, seseorang itu tidak akan menjadi mukmin sekiranya tidak ada keimanan tentang hal ini bahawa segala penjagaan dan kasih sayang datang dari Allah Ta’ala.

Seorang insan sedikit pun tidak akan memberi manfaat kepada kawannya selagi tidak ada kasih sayang dari Tuhan. Demikian juga halnya dalam diri anak-anak dan semua hubungan keluarga, kasih sayang Tuhan amat perlu di dalamnya. Allah Ta’ala berfirman “Aku sendiri yang menjadi penjaga kepada kamu”. Tanpa penjagaan dari Tuhan, maka tidak ada yang menjadi pemelihara. Cuba perhatikan, apabila Allah Ta’ala menjadikan seseorang jatuh sakit, maka kadang-kadang berapa keras pun usaha para doktor tidak memberikan kesan sehingga pesakit itu meninggal dunia. Lihat saja penyakit taun, para doktor pun sudah berusaha sebaik mungkin, namun penyakit ini tetap tidak berganjak. Sebabnya ialah semua kebaikan datangnya dari Allah, demikian juga untuk menjauhkan semua kejahatan adalah dari Allah Ta’ala. (Al-Badar Jilid4, Nombor 44, tarikh 3 Julai 1903, halaman 185,186)

Ghaasiqin dalam bahasa Arab bermaksud kegelapan yang berlaku pada malam awal bulan yang sangat kelam. Sebab itu kata ini juga digunakan merujuk kepada bulan qamar ketika malam terakhirnya, yakni cahayanya tidak menentu. Dan lafaz ini juga digunakan dalam keadaan gerhana bulan. Dalam Quran ayat min syarri ghaasiqin izaa waqab bermakna min syarri zulmatin izaa dakhola yakni dari kejahatan gelap apabila ia berlabuh. (Al-Badar Jilid 2, Nombor 6, tarikh 27 Februari 1903, halaman 43)

Min syarri haasidin izaa hasad. Sebenarnya apabila suatu sifat baik dilakukan bukan pada tempatnya atau dengan cara yang tidak benar, maka ia menjadi buruk dan kotor. Tetapi, jika sifat itu dilakukan menurut keadaan yang sesuai dan tidak keterlaluan, maka ia akan mendapat ganjaran. Di dalam Quran ada menyatakan min syarri hasidin izaa hasad dan di tempat yang lain ada ayat sabiquunal awwaluun. Di sini sifat mengalahkan yang pertama juga termasuk jenis hasad. Bila masa pula seorang pelumba mahu dikalahkan oleh orang lain? Sifat ini telah wujud dalam diri manusia sejak kecil. Kalau kanak-kanak tidak ada semangat berlumba-lumba, maka dia tidak akan ada usaha untuk maju. Semangat untuk mengalahkan juga termasuk hasad, cuma pada tempat ini ia dalam keadaan bersih. Demikian juga, dengan adanya hasad yang seperti ini boleh membawa seseorang masuk syurga. (Al-Badar Jilid 2, nombor 12, tarikh 10 April 1903, halaman 89)

(Tafsir Hazrat Maseeh Mau’udas, Jilid 8, halaman 419-424)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *