Tafsir Al-Quran

Tafsir Surah An-Naas

Dajjal bukanlah satu wujud manusia, jika tidak maka lafaz an-naas tidak berkaitan dengannya. Dan tidak diragui lagi bahawa lafaz an-naas itu hanya merujuk kepada kumpulan. Jadi, orang yang berada di bawah pengaruh was-was syaitan, mereka itu dinamakan dajjal. Demikian juga yang dimaksudkan dalam tertib al-Quran yang bermula dari ayat Alhamdulillaahi Robbil Aalamiin dan diakhiri dengan ayat Allazii Yuwaswisu Fii Shuduurinnaas, Minal Jinnati Wannaas. Jadi, lafaz an-naas di sini juga adalah dajjal. Kesimpulan dari surah ini ialah kita hendaklah memohon perlindungan kepada Allah agar terhindar dari fitnah dajjal. Sebelum surah ini ada surah al-Ikhlas yang menentang asas ajaran Kristian. Kemudian surah al-Falaq yang menyentuh tentang zaman gelap dan rencana wanita-wanita. Kemudian diteruskan dengan memohon perlindungan dari kelompok yang berada di bawah bayang-bayang syaitan. Dengan tertib ini, kita dapat ketahui bahawa inilah kelompok itu yang dikatakan dalam istilah lain sebagai syaitan. Dan pada peringkat akhir dalam menyentuh kelompok ini, ia mengisyaratkan bahawa pada akhir zaman nanti kelompok ini akan berhasil berdasarkan ayat Naffaasaati Fil Uqod, yakni usaha wanita-wanita Kristian yang pergi ke rumah-rumah akan menjadikan wanita-wanita bercerai dengan suami mereka. Hendaklah ingat dengan sebaik-baiknya bahawa tiga surah al-Quran ini memberikan khabar berkenaan dengan zaman dajjal, dan perintah untuk kita ialah memohon perlindungan daripada Allah agar terhindar dari kejahatan mereka. Inilah perkara yang diisyaratkan di sini bahawa kejahatan itu hanya boleh dijauhkan melalui cahaya dan berkat dari langit. (Aiyame Sulh, Ruhani Khazain Jilid 14, halaman 296-297).

Di sini juga Allah Ta’ala menyentuh tentang Wujud hakiki yang berhak dipuji dengan wujud sementara yang juga layak dipuji. Sebabnya ialah tuntutan kesempurnaan akhlak fadilah. Justeru itu, di dalam surah ini ada tiga jenis hak yang dijelaskan. Pertama sekali ialah kamu mohon perlindungan Allah yang sempurna dalam sifat-sifat, dan Rabb sekalian manusia, juga Raja serta sembahan yang hakiki. Jadi, surah ini menekankan tentang tauhid yang sebenar, dan seiring dengan itu juga diisyaratkan bahawa jangan mensia-siakan hak orang lain. Dalam lafaz Rabb, ia mengisyaratkan bahawa walaupun secara hakiki Tuhan itulah yang Maha Memelihara dan Maha Menyempurnakan, namun yang sifatnya sementara dan secara bayangan ada dua wujud yang menampakkan penzahiran Rububiyat. Satu secara jasmani dan secara rohani. Secara jasmani ialah ibu bapa dan secara rohani ialah mursyid atau pembimbing. (Rowaidad Jalsa Dua, Ruhani Khazain Jilid 15, halaman 602,603)

Untuk menyempurnakan akhlak fadilah, Allah Ta’ala mengisyaratkan kepada ibu bapa dan mursyid di dalam perkataan Robbin Naas supaya dalam menyatakan rasa syukur, manusia akan terdorong untuk mensyukuri Rabb dan Pemberi Hidayat yang hakiki. Inilah kunci dalam menyelesaikan perkara ini iaitu surah yang suci ini dimulakan dengan Robbin Naas. Ia tidak dimulakan dengan ayat Ilaahin Naas. Oleh kerana sesuai dengan kehendak Allah Ta’ala mursyid rohani memberikan tarbiyat berdasarkan taufik dan hidayat-Nya, sebab itu ia termasuk di dalamnya. Kemudian ayat berikutnya Maalikin Naas yakni mintalah pertolongan dari Allah yang merupakan Raja kamu. Ini juga merupakan satu lagi isyarat supaya manusia di dunia ini diajar tentang tamadun. Allah Ta’ala adalah Raja yang hakiki, tetapi di dalamnya ada isyarat bahawa raja secara bayangan juga ada dan di sinilah mengajarkan tentang pemerintah manusian yang perlu dipatuhi. Di sini tidak khusus memberitahu tentang pemerintah orang kafir, musyrik dan mereka yang berpegang pada ajaran Tauhid, ia tidak terikat malah secara umum tanpa mengira ajaran agamanya. Di sini urusan agama atau akidah adalah terpisah. Di dalam al-Quran, di mana pun ia menyentuh tentang sifat Allah sebagai Muhsin, di situ ia tidak meletakkan syarat sama ada ia Muslim, orang yang memegang ajaran Tauhid atau mana-mana pegangan agama. Tidak kira seseorang itu dari mazhab mana, apabila Allah Ta’ala menyentuh sifat Mushin, pada masa yang sama juga menekankan agar manusia juga turut berbuat ihsan sebagaimana ayat Hal Jazaa’il Ihsaana Illal Ihsaan (ar-Rahman:61), adakah amalan ihsan boleh dibalas dengan ganjaran selain ihsan. (Rowaidad Jalsa Dua, Rohani Khazain Jilid 15, halaman 603-604)

Dalam surah ini pertama sekali Allah Ta’ala mengemukakan Robbin Naas, kemudian Maalikin Naas, dan akhir sekali Ilaahin Naas, semuanya merujuk kepada insan. Ilaah dikatakan sebagai ma’bud, maqsud dan matlub, sebab itu makna daripada Laa Ilaaha Illalla ialah Laa Ma’buudalli Walaa Maqsuudalii Walaa Matluubalii Illallaah dan inilah tauhid yang sebenar bahawa setiap yang layak dipuji hanyalah Allah Ta’ala. Kemudian dikatakan Min Syarril Was Waasil Khonnaas yakni mintalah pertolongan dari kejahatan khannas yang mendatang keraguan. Khannas dalam bahasa Arab ialah ular dan dalam bahasa Ibrani disebut nakhasy kerana ia juga telah membuat kejahatan sebelumnya. Di sini tidak disebut iblis atau syaitan supaya insan dapat mengingati permulaan mereka diuji, bagaimana syaitan telah menipu kedua nenek moyang, waktu itu nama yang disebut ialah khannas. Urutan ini diletakkan oleh Allah supaya insan dapat menyedari kejadian pertama, tentang bagaimana syaitan telah menggoda manusia agar berpaling dari mentaati Allah Ta’ala, demikian juga jangan sampai mereka digoda untuk berpaling dari mentaati pemerintah semasa. Dengan itu, insan setiap waktu akan membuat muhasabah diri tentang iradah dan rencananya, bahawa sejauh mana ketaatan kepada pemerintahnya, dan pada masa yang sama berusaha serta berdoa kepada Allah agar dengan apa cara sekalipun syaitan tidak termasuk di dalam pemikirannya.

Jadi, perintah keitaatan dalam surah ini adalah keitaatan kepada Allah kerana asal keitaatan adalah kepada Allah. Tetapi, perintah untuk itaat kepada ibu bapa, mursyid, dan raja semasa adalah datang dari Allah Ta’ala. Dan faedah daripada keitaatan ialah kita akan terhindar dari pengaruh khannas. Sebab itu mintalah perlindungan supaya sentiasa terhindar dari kejahatan was-was yang dimasukkan oleh syaitan, kerana seorang mukmin itu tidak akan terperangkap dalam satu lubang yang sama. Jika sudah ditimpa suatu musibah dari suatu jalan, jangan lagi tersandung pada jalan itu untuk kali kedua.

Jadi, dalam surah ini jelas bahawa harus itaat kepada raja semasa. Di dalam khannas itu telah diletakkan ciri khas sebagaimana ciri khas yang diletakkan di dalam pokok, air dan api. Semua ini adalah rahsia-rahsia Allah Ta’ala di mana pada tahap ini penyelidikan insan akan terhenti. Ringkasnya setiap benda itu datangnya dari Allah Ta’ala sama ada ia terpisah-pisah atau bergabung. Sedangkan Dia menghantar raja-raja yang telah menjauhkan segala musibah kita sehingga membuat satu perubahan dimana Dia mengeluarkan kita dari tempat yang panas membara ke dalam sebuah kebun yang dipenuhi pohon-pohon yang menggembirakan, dari setiap arah sungai mengalir, dan hembusan udara yang sangat nyaman. Jadi, adalah sangat tidak bersyukur apabila ada insan yang melupakan kebaikan-kebaikan yang telah diberikan kepada mereka. (Rowaidad Jalsa Dua, Rohani Khazain Jilid 15, halaman 618-619)

Apabila insan tidak berkata secara amanah maka waktu itu dia di bawah hukum syaitan, seolah-olah dia sendiri seperti itu. Ayat Minal Jinnati Wannaas memberikan kesaksiannya. (Tohfa Ghaznawiyah, Rohani Khazain Jilid 15, halaman 561)

Katakanlah bahawa kamu mintalah doa sebegini, “kami mohon perlindungan Tuhan iaitu Tuhan yang merupakan Penjaga manusia, Raja manusia dan Tuhan manusia, dari syaitan yang meletakkan rasa was-was di dalam hati manusia, yang hendak memesongkan manusia dari agama, yang kadang-kadang secara sendiri dan kadang-kadang menyerupai manusia”. Semua ini mengisyaratkan bahawa satu zaman akan tiba di mana pada masa itu tidak ada lagi perikemanusiaan yang merupakan akar perlindungan, tidak ada lagi keadilan yang sebenar yang merupakan syarat kepada raja, dan pada zaman itu hanya Tuhan sahaja yang boleh menjauhkan segala musibat. Semua kalimat ini memberi isyarat ke arah akhir zaman di mana keamanan dan kejujuran sudah hilang dari dunia. (Tohfa Goleria, Rohani Khazain, Jilid 17, halaman 221-222)

Dia yang merupakan Penjaga manusia, Raja manusia dan Tuhan manusia, aku memohon perlindungan dari khannas yang menyebarkan rasa was-was. Khannas yang meletakkan rasa was-was di dalam hati manusia terdiri dari jin dan manusia. Dalam ayat ini mengisyaratkan bahawa zaman khannas menyebarkan rasa was-was ini ialah ketika Islam tidak ada murabbi dan wakil Tuhan di muka bumi, dan tidak ada juga raja yang prihatin terhadap Islam. Waktu itu orang Islam dalam setiap kesempatan, hanya Tuhan sahaja yang dapat memberikan perlindungan, Dia jugalah Murabbi dan Raja.

Sekarang jelas bahawa khannas adalah salah satu nama daripada syaitan, yakni apabila syaitan menyerupai seekor ular, dia tidak melakukan kerjanya dengan keras dan kasar melainkan secara halus, membuat rencana penipuan dan meletakkan rasa was-was, dan patukannya begitu halus dan tersembunyi, inilah sebabnya dikatakan khannas. Dalam bahasa Ibrani disebut nahasy.

Sebab itu dipermulaan Taurat tertulis nahasy telah memesongkan Hawa, dan disebabkan terpesong maka Hawa telah makan buah yang sudah dilarang memakannya. Kemudian Adam juga memakan buah tersebut. Dari surah an-Naas ini jelas bahawa nahasy inilah yang akan muncul kembali pada akhir zaman, dan nama lain daripada nahasy ini ialah dajjal. (Tohfa Goleria, Rohani Khazain Jilid 17, nota kaki halaman 272-275)

Enam ribu tahun dahulu Hazrat Adam telah dapat digelincirkan oleh syaitan. Dan pada waktu itu syaitan telah berhasil dalam melakukan tipu dayanya sehingga Adam pun dapat dikalahkan. Tetapi, keinginan Allah Ta’ala ialah dalam bahagian akhir hari yang keenam, Dia kemudian melahirkan Adam, yakni bahagian akhir ribuan yang keenam. Sebagaimana sebelumnya dia diciptakan pada hari keenam untuk menghadapi nahasy, namun kali ini Adam akan unggul dan nahasy akan kalah. Jadi, Tuhan telah menciptakan hamba yang lemah ini sama seperti Adam dan hamba yang lemah ini juga disebut dengan panggilan Adam.

Dalam Barahin Ahmadiyah terdapat ilham ilham Arattu an astakhlifa fakholaqtu aadama.Dan juga ilham ini kholaqa aadama fa akramahuu, dan juga yaa aadamuskun anta wa zaujukal jannata,  berkenaan dengan Adam di dalam Taurat bab awal ada tertulis ‘lalu Tuhan berfirman bahawa Kami akan menjadikan manusia dalam bentuk yang sama seperti Kami’.

Cuba perhatikan di dalam Taurat bab awal ayat 26, kemudian kitab Danial bab 12 ada tertulis, dan pada waktu akan bangkit Mikail (yang maksudnya ‘sama seperti Tuhan’) seorang pemimpin besar yang akan menolong anak-anak kepada kaum engkau. Maksudnya di sini Maseeh Mau’ud akan muncul pada akhir zaman). Jadi, Mikail yang bermaksud ‘sama seperti Tuhan’ sebenarnya, di dalam Taurat disebut dengan nama Adam, dan di dalam hadis nabi juga mengisyaratkan kepada perkara ini iaitu Adam akan dilahirkan dalam bentuknya.

Jadi, kita dapat mengetahui daripadanya bahawa Maseeh Mau’ud akan muncul dalam bentuk Adam, sebab itu ribuan yang keenam ini telah dikhususkan kerana sebagai ganti hari yang keenam, yakni sebagaimana Adam lahir pada bahagian akhir hari keenam, demikian juga pada bahagian akhir ribuan yang keenam, Maseeh Mau’ud telah ditakdirkan untuk lahir. Dan sebagaimana Adam telah diuji dengan nahasy yakni dalam bahasa Arab disebut khannas yang nama lainnya adalah dajjal, demikian juga pada Adam yang akhir ini nahasy diciptakan sekali lagi supaya janji hidup kekal dapat diberikan kepada wanita kembali lagi sebagaimana yang telah diberikan oleh ular kepada Hawa, namanya di dalam Taurat ialah nahasy dan di dalam Quran disebut khannas, tetapi untuk kali ini telah ditentukan bahawa Adam akan unggul di atas nahasy.  

Kesimpulannya, di penghujung tahun yang keenam ribu sekarang ini sekali lagi pertembungan di antara Adam dan nahasy, dan nahasy tidak lagi mempunyai kekuatan mematuk seperti dahulu sebagaimana yang ia pernah lakukan terhadap Hawa dan kemudiannya Adam pun mendapat tempias racun ular tersebut. Malah satu waktu akan tiba di mana anak-anak pun akan bermain-main dengan ular tersebut dan malangnya ular itu tidak lagi berbisa seperti dahulu.

Di dalam al-Quran, ini satu isyarat yang sangat halus di mana Allah Ta’ala mengakhiri surah Fatihah dengan lafaz dhallin dan al-Quran diakhiri dengan lafaz khannas. Sehingga insan yang bijak akan memahami bahawa dalam hakikat dan bentuk rohani, nama ini adalah sama sahaja. (Tohfa Goleria, Rohani Khazain Jilid 17, nota kaki halaman 272-275)

Terdapat empat surah di dalam al-Quran yang sangat kerap dibaca. Di dalamnya ada menyentuh tentang Maseeh Mau’ud dan jamaatnya. Pertama ialah surah Fatihah, ia dibaca dalam setiap rakaat solat. Di situ ada bukti dakwaan kita. Kedua ialah surah Jum’ah yang di dalamnya ada ayat wa aakhariina minhum, ia berkaitan dengan jamaat Maseeh Mau’ud. Ini dibaca setiap Jumaat. Ketiga ialah surah Kahfi, yang mana untuk membacanya Rasulullahsaw telah memberikan penekanan. Ia menyentuh tentang dajjal dalam 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir. Keempat ialah surah terakhir dalam Quran yang menyentuh tentang dajjal yang disebut khannas, dan di dalam Taurat Ibrani tertulis dajjal yang disebut nahasy. Dan banyak lagi di berbagai tempat di dalam al-Quran yang menyentuh tentangnya. (al-Hakam Jilid 5, nombor 3, tarikh 24 Januari 1901, halaman 11)

Malaikat mengajak dan membantu dalam hal yang baik sebagaimana di dalam ayat Quran aiyadahum biruuhim minhu manakala syaitan pula akan mengajak ke arah kejahatan sebagaimana di dalam Quran ada lafaz yuwaswisu. Kedua-dua perkara ini tidak boleh dinafikan. Kegelapan dan cahaya akan selalu beriringan. Benda yang tidak wujud tidak boleh dibuktikan tanpa ilmu. Oleh sebab itu orang yang berilmu memiliki ribuan keajaiban-keajaiban. Dalam qul a’uuzu bi rabbin naas, ia menyentuh tentang was-was syaitan sebagaimana apa yang berlaku sekarang ini. Was-was yang besar ialah meletakkan salah faham mengenai ketuhanan, sebagai contoh apabila melihat seseorang yang sangat kaya, maka timbul dalam fikiran bahawa orang ini akan menjadi penjaga. 

Sebab itu diseru agar memohon perlindungan dari rabbun naas yang hakiki, kemudian manusia pula mula menganggap raja-raja dan pemerintah dunia sebagai penguasa yang sebenar ke atas mereka. Lalu dikatakan kepada mereka malikin naas itu adalah Allah sendiri. Kemudian, kesan daripada was-was manusia ialah mereka mula menyamakan makhluk dengan Tuhan sehingga begitu takut sekali. Itulah sebabnya dikatakan di sini ilaahin naas.

Terdapat tiga jenis was-was, untuk menjauhkannya juga ada tiga perancangan. Dan yang memasukkan was-was itu ialah khannas yang mana di dalam Taurat bahasa Ibrani ia disebut nahasy yang telah datang membuat serangan senyap-senyap kepada Hawa. Dari sini kita dapat mengetahui bahawa dajjal tidak akan memberitahu rancangannya malah akan melakukan serangan secara sembunyi-sembunyi supaya tidak ada sesiapa yang tahu. Ini adalah salah jika menyatakan syaitan sendiri yang pergi menemui Hawa, malah sebagaimana sekarang ini dia datang secara senyap-senyap, begitu juga dulu dia datang dengan senyap-senyap. Dia telah memenuhkan buah fikirannya dalam pemikiran seseorang sehingga orang berkenaan menjadi alatnya. Syaitan telah meletakkan perkara ini dalam hati mana-mana penentang agama dan syurga yang pernah didiami oleh Hazrat Adamas adalah di bumi ini juga, namun ada suatu kejahatan yang telah menjadikan rasa was-was dalam hati mereka. (al-Hakam Jilid 5, nombor 12, tarikh 31 Mac 1901, halaman 10)

Jin ini menyerang dengan senyap-senyap dan dia membuat permusuhan dalam bentuk kasih sayang. Kasih sayang itulah yang dibuat oleh nahasy ketika menyerang Hawa. Akibat daripada kasih sayang seperti itu adalah sama seperti yang sebelumnya telah berlaku. Inilah yang menyebabkan Adam mendapat musibat. Waktu itu ia berkelakuan laksana pemberi nasihat yang lebih layak berbanding Allah Ta’ala.

Demikian juga kali ini, janji hidup kekal itu jugalah yang akan dipersembahkan sama seperti syaitan lakukan sebelumnya. Sebab itulah permulaan dan penghujung al-Quran atas perkara yang sama. Rahsia di sebaliknya ialah supaya dapat memberitahu bahawa ada satu Adam di penghujung zaman nanti. Permulaan Quran iaitu surah Fatihah diakhiri dengan walad dhoolliin. Semua mufassir sepakat bahawa maksud dholliin di sini merujuk kepada golongan Kristian. Kemudian penghujung al-Quran ialah qul a’uuzu birabbin naas, malikin naas, ilaahin naas, min syarril waswasil khonnaas, allazi yuwas wisu fii suduurinn naas, minal jinnati wan naas.

Sebelum surah ini, terdapat ayat qul huwal laahu yang menyentuh tentang ketauhidan Allah seolah-oleh menolak ajaran Trinity. Selepas itu dengan penjelasan surah an-Naas menzahirkan bahawa ia merujuk kepada golongan Kristian. Wasiyat terakhir yang diseru ialah hindari sentiasa serangan syaitan. Syaitan ini ialah nahasy dan sekarang ini disebut khannas, yang perlu dihindari. Dan apa yang dikatakan bahawa datanglah ke bawah perlindungan Rabb, dari situ kita dapat mengetahui bahawa ini bukan urusan jasmani tetapi rohani.

Jika makrifat dan hakikat tentang Allah kita kuat, maka kita akan sentiasa terselamat. Dalam akhir zaman ini, perang antara syaitan dan Adam juga merupakan perang terakhir. Tuhan dan malaikat akan bersama-sama dengan Adam dalam memerangi syaitan. Allah Ta’ala akan turun bersama-sama dengan segala sarana peperangan bagi menghancurkannya dan Maseeh Tuhan akan berhadapan dengannya. Lafaz Maseeh ini bermaksud khalifah dalam bahasa Arab dan juga Ibrani. Di dalam hadis tertulis lafaz Maseeh dan di dalam Quran ialah khalifah. Kesimpulannya, telah ditentukan bahawa dalam perang terakhir ini, khatamul khulafa yang muncul pada akhir ribuan yang keenam, akan mendapat kemenangan. (Al-Hakam Jilid 6, nombor 25, tarikh 17 July 1902, halaman 6)

Perkara yang perlu direnungkan sedalam-dalamnya ialah Al-Quran di permulaan lagi telah menjelaskan tentang Kristian iaitu walad dhoolliin di penghujung surah Fatihah. Kemudian Al-Quran pula diakhiri dengan surah qul huwallaah hingga qul a’uzu birabbin naas. Di pertengahan Quran pun ada ayat yang menyentuh mereka iaitu takaadus samaawaatu yatafattarna minhu. Berkenaan dajjal juga ada disentuh di mana-mana yang telah tertanam di dalam hati manusia. Hadis pula menyatakan bahawa untuk menghindari dajjal hendaklah merenungkan permulaan surah Al-Kahfi, hadis juga ada menyentuh tentang keretapi. Ringkasnya bahawa di mana pun kita renungkan, ia memberikan pemikiran di dalam minda kita, dajjal adalah merujuk kepada kaum Kristian (nasara). (Alhakam Jilid 6, Nombor 39, Tarikh 31 Oktober 1902, halaman 3)

Apabila keluar dari jagaan seorang ibu, maka seorang insan memerlukan penjaga yang lain. Dia akan menjadikan sesiapa sahaja sebagai penjaganya yang kadang-kadang penjaga yang diambil itu adalah lemah. Dan apa sahaja yang diperlukan olehnya, dia berusaha agar orang lain tidak mengetahuinya. Tetapi orang yang jauh terpisah dari mereka ini dan mengamalkan ciri ketakwaan dan islah yang hakiki, maka Tuhan akan menjadi penjaga kepadanya dan segala keperluan dan keinginannya akan dipenuhi oleh Allah Ta’ala. Dia tidak perlu lagi berpura-pura. Segala kurnia yang diberikan atasnya, orang lain akan kehairanan. Apabila tiba masanya di mana Allah Ta’ala menjadi penjaga kepadanya, yakni sebelum Allah Ta’ala menjadi penjaga sebenar kepadanya, dia telah melalui kehidupan dari pelbagai penjaga. Sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam surah An-Naas.

Pertama sekali seseorang insan memerlukan jagaan daripada ibu bapa, kemudian apabila sudah besar, maka dia akan memerlukan jagaan daripada pemerintah dan penguasa. Apabila semakin maju ke hadapan dan mula menyedari kelemahan atau kesilapan, yakni dia sudah mula merasa bahawa wujud yang dia anggap sebagai penjaga sebenar rupanya ada kelemahan masing-masing, di mana apa yang dia perlukan sebenarnya tidak dapat dipenuhi. Akhirnya dia akan rujuk kepada Allah, dan jika dia tetap dalam langkahnya maka Allah Ta’ala akan menjadi penjaganya.

Pada waktu itulah dia merasa tenang dan merasa ada keajaiban dalam kehidupan baru yang dia lalui. Khususnya apabila Allah Ta’ala menyatakan kepadanya bahawa “Aku akan menjadi penjaga engkau”, pada waktu itu ketenangan dan kegembiraan yang dia rasakan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Keadaan ini benar-benar suci dari segala kesulitan dan ketidaktenteraman. (Al-Badar Jilid 3, Nombor 25, Tarikh 01 Julai 1904, halaman 4)

(Tafsir Hazrat Maseeh Mau’udas, halaman 425-432)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *