
Takwa
Allah Ta'ala berfirman di dalam Quran surah Al-Hasyar 19-21:-
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah setiap jiwa memperhatikan apa yang dia persiapkan untuk esok hari, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Waspada atas apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, maka Dia pun menjadikan mereka lupa terhadap diri sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasiq. Tidaklah sama ahli neraka dengan ahli syurga. Ahli syurgalah yang akan memperolehi kemenangan".
Ayat ini menegaskan tentang takwa. Allah Ta'ala menyeru orang mukmin supaya bertakwa. kita tahu bahawa Allah Ta'ala tidak menyukai orang-orang yang keji dan berjiwa kotor. Allah Maha Suci. Sebab itu, seiring dengan pendakwaan sebagai orang beriman, kita hendaklah berusaha menjadi muttaki. Walaubagaimanapun, kita tidak mahu ketakwaan yang zahir sahaja, yang mana memperlihatkan suatu amalan sehingga di dalam majlis-majlis atau perjumpaan seseorang itu dikatakan sebagai muttaki.


One Comment
Abdul jalil bin ismail
Amazing